5
Berikut adalah paparan pelajar-pelajar Mesir yang menyokong BERSIH yang dipimpin oleh Ambiga di Mesir. Sewajarnya mereka tidak terlibat sama menyokong Ambiga kerana Ambiga tidak memberi satu sen pun untuk membiayai mereka di luar negara. Bukannya Yayasan Ambiga yang menaja mereka pergi belajar di Mesir.
Pelajar dari Terengganu yang mendapat tajaan Yayasan Terengganu adalah antara hampir 300 pelajar Malaysia di Mesir yang dikesan berhimpun di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, untuk menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan haram Bersih 2.0.Kebanyakan pelajar Malaysia itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dan menandatangani pada sepanduk yang telah disediakan di dataran berkenaan.
Ada sebilangan pelajar juga bergambar sambil memegang bendera negeri dan aksi pelajar berkenaan dipaparkan dalam laman sosial Facebook. Kalau dibiarkan akan menjadi lebih teruk. Sebelum menjadi bubur dan merebak menjadi virus yang tidak boleh diubat, pihak-pihak tertentu perlu bertindak. Lebih baik tajaan itu diberikan kepada pelajar lain yang menghargai tangan yang memberinya bantuan. Memalukan, belajar sampai ke Mesir tetapi tidak tahu siapa dia Ambiga yang menjadi ketua BERSIH.

No comments:
Post a Comment