Sunday, July 17, 2011

DIA NAIK JUGAK

7Nuffnang Ads


ASTRO: TOLONG JANGAN JADI HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN WAHAI RAIS YATIM!!!

Apabila memperkatakan tentang ASTRO, sebenarnya lebih banyak suara-suara yang tidak berpuas hati berbanding senang dengan kehadiran ASTRO sebagai 'kuasa tunggal' stesen televisyen berbayar. Kehadiran ASTRO selepas Mega-TV yang sudah pun bungkus lama dahulu, menyebabkan ramai yang mengeluh dengan polisi syarikat berkenaan yang mengamalkan dasar monopoli sejati.

Tindakan ASTRO menaikkan kadar servis walaupun tidak dibenarkan oleh jemaah kabinet, menyebabkan Menteri berkaitan, Rais Yatim serta SKMM memberi 'kata dua' kepada ASTRO. Begitu juga dengan gangguan siaran yang kerap berlaku apabila hujan, serta beberapa masalah lain, termasuklah pembayaran bil yang tidak terdapat servis kerana pemotongan lebih awal berbanding tarikh yang tertera di dalam bil yang dihantar kepada pelanggan.

Masalah tentang ASTRO sudah lama ditimbulkan, tetapi sehingga ke hari ini, yang menang tetapi ASTRO. ASTRO dilihat terlalu berkuasa sehinggakan kerajaan hanya mampu memberi amaran dan tiada sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas syarikat tersebut.

Ada suara-suara yang mendesak agar Rais Yatim menjalankan tugasnya selaku Menteri dan bukannya mengambil jalan selamat seperti Hishamuddin Hussein Onn yang ternyata tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali senyum, sengih dan gelak.

Justeru bagi menjaga kebajikan rakyat Malaysia, seharusnya kerajaan lebih bersikap menyebelahi rakyat, bukannya syarikat-syarikat pemopoli seperti ASTRO. Dalam kenaikan yang semuanya diserap dan diterima oleh rakyat walaupun tanpa kerelaan, prestasi kerajaan yang ada sekarang, sangat bergantung kepada keupayaan kerajaan membela rakyat.

Bukannya pembelaan dalam bentuk slogan dan retorik sebaliknya dalam bentuk yang benar-benar membuatkan rakyat rasa terbela, biarpun hanya sekadar tentang ASTRO yang sebenarnya tidak diperlukan oleh rakyat Malaysia pun!


DIA NAIK JUGAK....kenaikan sebanyak RM11.00




No comments:

Post a Comment