Sunday, November 27, 2011

BUAT SENDIRI~MAYONIS



Selain sos tomato atau sos cili,mayonis menjadi
salah satu bahan penting untuk membuat sandwic.
Saperti juga sos cili dan sos tomato,terdapat pelbagai 
jenama mayonis yang di jual di pasaran,
tetapi anda juga bolih membuat nya sendiri di rumah.
Bukan saja menjimatkan dan enak malahan lebih
terjamin kebersihan nya.


BAHAN-BAHAN 
450 ml minyak sayuran
(minyak kelapa sawit)
1biji telur 
1biji lemon(perah ambil jus)
1sudu kecil garam.

INFO:
*Digunakan sebagai perasa makanan 
saperti salad dan sandwic
*Selain digunakan untuk hidangan ,Mayonis
di pelbagaikan pengunaan nya dalam 
bidang kecantikan,terutama di gunakan 
sebagai perapi  untuk melembut dan
melembabkan rambut.
*Disarankan mengambil mayonis
dalam kuantiti sederhana dan kecil agar tidak
menambah kalori dalam makanan anda.

CARA-CARA MEMBUAT :


1. Masukan telur dalam mangkuk dan
putar mengunakan pengisar.


2. Putar telur sehingga betul- betul kembang
dan berwarna keputihan.


3. Masukkan sedikit jus lemon dan putar
lagi hingga kembang.


4. Kemudian masukan pula minyak sayuran
sedikit demi sedikit dan putar .
Ulangi langakh 3 dan 4 sehingga jus lemon dan
minyak sayur habis.


5. Masukan garam untuk memberi perasa 
pada mayonis berkenaan.


6. Kemudian putar adunan sehingga berwarna putih 
saperti mayonis.Jika suka bolih tambahkan
serbuk lada hitam atau biji sawi untuk kelainan rasa.

MAYONIS BUATAN SENDIRI..

 Dan ini lah hasil nya..mayonis buatan sendiri
lebih terjamin kebersihan nya..
SELAMAT MENCUBA..!!!

p/s : mayonis tak enak di makan begitu saja...sedap di cecah barsama naget.kentang goreng,bergur,hot dog
keropok jugak bolih...alah tau lah ko orang makan tuuu..hehehe


Sunday, November 13, 2011

TAKSUB AGAMA DAN HERBA




above: i was inside the aeroplane when i took this picture of merapi 2 years ago.

salam.
harap semua dalam keadaan sihat walafiat.
lama juga tak melepaskan geram.
dah lama nak tulis pasal ni, tapi tak berkesempatan sehinggalah saya saksikan sendiri paparan berita yang agak memualkan.

straight to the point,
orang kita taksub dengan dua perkara iaitu:
1. apa2 sahaja yang berkaitan dengan "agama" dan
2. apa2 sahaja yang berkaitan dengan "herba"

agama:
saya pasti, anda juga menjadi mangsa rantaian emel dan sms yang kononnya dengan tujuan berdakwah.
kadang2 kita baca dan akur kerana emel dan sms itu kononnya adalah ke arah kebenaran dalam agama islam.
kadang2 kita jadi pak turut apabila di"tuntut" untuk sebarkan emel "dakwah" itu.
ya lah, kita pun jahil jadi bila ada orang nak tunjuk ke arah yang benar, kita turutkan sahaja agar kita dapat "tebus" kejahilan kita dengan melakukan sesuatu ke jalan Allah..... kononnya lah.... sedangkan kita sendiri tak tahu kesahihan kebenaran "dakwah" dalam emel atau sms itu.
pas tu, kalau bab perubatan alternatif... asalkan ada sahaja "dukun" yang kononnya menggunakan ayat2 suci al-quran... kita pun dok amalkanlah... dan baca tiap2 hari.... sedangkan kita tak tahu pun maksud atau tujuan ayat itu.
yang best tu, kita tak de pulak nak fokuskan tenaga kita untuk mencari kebenaran dengan bertanya kepada orang yang arif agama.


lagi satu pasal herba:
kalau tengok rancangan nona, drama2 melayu dan lain2 program yang "target audience"nya adalah melayu, kita tidak akan dapat lari daripada paparan iklan2 "herba" yang menjanjikan yang lama, panjang, licin, putih, gebu, kental, bergetah, ketat, besar dan banyak lagi.
kita pun percayalah... sebab semua produk itu dikatakan 100% dibuat daripada herba.... tak kiralah yang berbentuk kopi, pil, krim, gel, teh dan lain2 lagi.
kita minum, makan dan sapu kerana produk itu dikatakan mujarab sedangkan dari segi klinikalnya kita tak tahu keselamatan produk yang digunakan.

kadang2 saya sendiri dimarahi oleh orang kita apabila saya utarakan kesangsian saya.
sampaikan saya seringkali diselar sebagai melayu yang tak nak tolong melayu.

dan bab emel atau sms "dakwah" pulak, saya pernah dituduh sebagai seorang yang tidak mahu sebarkan "kebenaran".

sejujurnya, saya suka dengar penjelasan daripada YBhg Ustaz Dato Hassan Din, yang memudahkan segala pengertian dalam agama, dan menjelaskan segala kedudukan hukum hakam dalam islam berkenaan perkara2 seperti ini.

ada satu isu yang pernah pendengar utarakan kepada beliau merujuk kepada pengamal perubatan alternatif yang dikatakan menggunakan ayat-ayat suci al-quran.

penjelasannya mudah sangat.

dia tanya satu soalan yang mudah iaitu.... kita faham ke maksud ayat yang disuruh dukun tu kita amalkan?

ke kita main ikut aje tanpa usul periksa?

ayat2 itu belum tentunya sahih kerana ia mungkin jampi serapah yang tah hapa2 yang bunyinya macam arab.

padahal kita tak faham pun bahasa tu apatah lagi disebabkan kurang ilmu dalam hal-hal agama atau ayat2 suci al-quran... asalkan bunyi arab je kita percaya ayat tu wujud.

yang dipaparkan dalam berita tadi pun agak menarik.

ada individu yang berhujah dengan kononnya mengambil maksud ayat daripada al-quran... maka dengan taksubnya, ada orang kita yang tabik hormat kat individu tu kononnya.... terer betul dia... sampai quran pun dia baca walaupun agama anutannya terang2 bukan islam.

kita yang tak tentu lagi khatam ke tidak ni, percayalah ayat yang diungkapkan dan maksudnya itu adalah wujud.

(syabas kepada mereka yang telah menjelaskan maksud dan tafsiran sebenar ayat suci itu)

samalah jugak apabila, orang kata kalau minum daripada sesebuah mangkuk yang kononnya telah ditulis dengan ayat-ayat quran, kita akan terang hati dan jadi pandai.

tak perlu baca buku? tak perlu menelaah? tak perlu berfikir?

patutlah orang dok ketawakan orang kita.

patutlah orang dok fikir kita ni senang dibeli.

patutlah orang lain dok pandang rendah kat kita.

patutlah ada orang sanggup jadi pak turut hanya kerana ada orang lain yang menjanjikan kedudukan yang tinggi untuk kita kalau kita turut kata dan kehendak dia.

patutlah orang dok perlekehkan agama kita.

kita sendiri yang buat semua nih kepada orang kita sendiri,

janganlah nak salahkan orang lain.

orang lain memang tunggu peluang keemasan untuk jatuhkan kita, apatah lagi bila kita sendiri bagi mereka laluan mudah yang mereka impikan selama ini.

kita yang salah.

jangan salahkan orang lain.

aku suka titah sultan selangor tadi.

tapi.... tak bermakna aku setuju.

kita kena tengok apa yang kita sendiri telah lakukan.

ya, kita nak pertahankan ketuanan kita.

tapi adakah ketuanan itu terhormat dan dihormati?

kalau kita terhormat, pasti kita dihormati dan pasti tak akan timbul persoalan hendak memusnahkan ketuanan itu.

tapi.... sedarkah wahai bangsaku.... kita hanya "tuan" di tanah ini sahaja?

tempat lain, tak ada siapa pedulikan kita sayang.

Friday, November 11, 2011

cheff wan and...

Memalukan saya - Chef Wan






Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.

Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada pihak yang tidak senang dan timbul perasaan hasad serta dengki."Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita."Padanlah muka dia," kata Chef Wan yang memberitahu isu itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Chef Riz.

Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.Beliau merupakan salah seorang daripada lima juri dalam program MasterChef Malaysia yang bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.













P/s: kalau korang suka dengan entri ni boleh lah 'share' atau 'like' di facebook..hanya klik button 'LIKE' kat bawah nie,button 'SHARE' kat atas tau,Terima Kasih.