Sunday, July 31, 2011

Guru pun kena tendang.

  Sekarang ni macam macam  perkara telah berlaku pada masyarakat kita..pening kepala macam  lebih makan durian ..apa tidak nya, dari kesah lelaki tukar jantina..nak tukar nama..di tolak mahkamah..sampai meninggal hamba Allah tu..maksud tak sampai..kalu pasal kata mengata,keji mengeji..fitnah..?  fitnah memfitnah..dah jadi biasa sangat..ada yang betul berlaku,berselindung di sebalik perkataan fitnah pun banyak tu..popular sangat dah perkataan tu sekarang ni..buat sikit Fitnah..buat banyak fitnah..tak buat ..fitnah..betul betul buat pun fitnah...aduhhh,Allah jer lah maha mengetahui.
   Semalam kita tengok Tv ada pulak kes pelajar pun dah berani tendang guru..bolih panggil geng pulak ni nak pukul guru,guru lari lintang pukang di kejar murid,imposible..pelajar ke macam tuu..macam mana lah gaya rupa mak bapak dia orang ni yer..walau pun tidak semua yang berperangai begitu..kes macam ni banyak berlaku banyak punca dan sebab nya..negara kita dah terlampau terbuka, di buka olih kata mudah nya..media..macam2 media..baik elektronik mau pun media cetak..dari negara yang tak tahu apa apa pasal komputer,kecuali segelintir saja,kita telah di dedah kan dengan macam2 alat ..tujuan nya untuk memudahkan berhubung,berhibur..tidak ada apa yang susah untuk di tiru..tiru untuk kebaikan ..tak kurang jugak tiru benda2 yang merugikan..Tahun enam puluhan semasa penulis di alam persekolahan, begitu hormat lagi murid murid dengan guru guru..takut sangat kita orang pada guru displin..jarang dengar kes murid lawan guru..penulis sendiri pernah kena pulas di perut olih guru sebab datang lewat sikit jer..rumah jauh ,datang sekolah jalan kaki,tapi tak melawan pun,sebab tak pandai nak bantah..tapi sekarang..dengan ada nya peralatan canggih..? ni semua nya sudah kita lihat..Raja2.. Perdana Menteri..Isteri Perdana menteri..kalu menteri yang bawah bawah ni jangan cakap lah..selalu di permainkan..di caci..di cerca..ini lah harga pada kecanggihan dan kemodenan yang kita kena telan...dah banyak kaki melawan..silap siapa buat masuk benda benda ni semua..?

p/s; kalu tak ada pun susah jugak..tiru benda yang baik..

Saturday, July 30, 2011

Berlambak d`Bazaar Ramadhan


Resepi Kek Batik


Bahan-bahan
250g biskut marie – patah 4
150g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanila
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air
4 biji telur saiz A
Cara-cara
  1. Campur milo, serbuk koko, esen vanila, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan di atas api yang sederhana.
  2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  3. Masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  5. Sejukkan dalam petik sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.

Friday, July 29, 2011

ghaibul-ghuyub!

......Videoklip kematian palsu itu diputar seantero dunia. Derma dikutip tanpa sekelumit kemaluan.

Pelik sungguh kaum haramsanee ini. Videoklip Mat CD @ Mat China-Doll yang begitu jelas mereka pertikaikan; sebaliknya videoklip penipuan "kematian palsu Suhardi" mereka telan dan terima bulat-bulat tanpa soal sikitpun. Terus di isytiharkan ianya sebagai "syahid", dan derma jihad dilancarkan yang kemungkinan besarnya akan berakhir saperti derma peristiwa Memali! Hilang ghaibul-ghuyub!

Dalam keriuhan himpunan haramasanee itu, tetiba tersebar pula berita dan gambar didunia cyber seorang yang kelihatan nazak didalam hospital. Siap dengan "kolar-tengkok"! Lalu diputar pusing dongeng kezaliman pihak berkuasa. Ternyata cerita lama berulang kembali. Pelik sungguh, dalam ramai-ramai kaum himpunan haramsanee ini, hanya seorang sahaja yang masuk hospital dan kelihatan nazak dengan kolar-tengkok siap terpasang! Oh ya, terlupa pula dengan kisah seorang lagi yang masuk hospital siap dengan kerusi roda setelah "dirempuh" dengan brutal dan ganas oleh landrover Polis DiRaja Malaysia!

Adengan pembohongan ini berterusan apabila ada pihak mendakwa Presiden PAS dikasari oleh pihak berkuasa. Sekali lagi cubaan untuk meraih simpati dan menimbulkan kebencian kepada pihak berkuasa. Alhamdulillah Presiden PAS, yang baru sahaja mengisytiharkan tiada negara Islam didalam Al Quran, masih mempunyai sedikit kewarasan dan membuat kenyataan menafikan beliau dikasari, malah menceritakan tentang layanan baik yang diterima, dengan kisah "saya dihantar polis sampai kerumah"!

Sebenarnya banyak lagi pembohongan dan penipuan yang telah dilakukan oleh kaum himpunan haramsanee ini. Pembohongan kepada umat Islam bahawa himpunan itu walau diketuai oleh seorang kafir harbi anti Islam telah mengelabukan segelintir kalkatoo yang terpedaya dengan kilauan cahaya mahkota kekuasaan; walaupun sebelum ini mereka pernah mengisytiharkan jihad dan sabil terhadap sikafir harbi itu!.....


Petikan tulisan:-Zulkifli Bin Noordin
Rabu
04 Sya'ban 1432
06 Julai 2011

Thursday, July 28, 2011

Pasangan lesbian hampir nikah


JAKARTA - Sebuah keluarga di Indonesia menghentikan satu majlis perkahwinan selepas mendapati pengantin lelaki sebenarnya adalah seorang wanita. 

Menurut laporan media tempatan semalam, keluarga pengantin perempuan, Nuraini berkumpul untuk majlis akad nikah pasangan itu tetapi mula curiga selepas pengantin lelaki tidak membawa ahli keluarga.

Identiti sebenar pengantin lelaki itu akhirnya terbongkar apabila dia gagal membawa sebarang dokumen semasa majlis itu. 

Wanita menyamar sebagai pengantin lelaki itu dikatakan mempunyai tubuh badan seperti lelaki dan telah berkenalan dengan Nuraini selama tujuh bulan. 

Namun, keluarga Nuraini berjaya meminta bekas kekasih wanita itu supaya mengahwininya pada majlis itu bagi menyelamatkan maruah mereka.




Sumber:Sinar Harian.

cerita ntah berantah.

Seniman Wahid Satay

   Ada satu filem melayu tu...ntak dah lupa title..  filem itam putih lagi ..kelasik..kalu tak silap pelakon nya wahid satay ker hapa...ada satu sceen lawak,tersenggeh aku teringat sceen tu masa melepas tadi...kalau tak silap lebih kurang citer nya begini... dia hilang cincin ker apebenda..ada kawan dia tanya, kenapa termenong..jawab dia,penat,baru lepas cari cincin yang hilang,..Hilang kat mana..?soal kawan nya lagi...kat sana,di tunjuk nya pada tempat hilang cincin tersebut..kau cari kat mana...kat sini..nape..?sana gelap (malam),sini terang ada lampu...kelakar jugak tu..tapi dah banyak kali tengok tak ada lah rasa kelakar sangat dah..cuma bila sesekali teringat..senyum jugak lah sorang sorang...tu kesah lawak dulu dulu..dulu mana ada banyak sangat hiburan macam sekarang ni..sekali tengok wayang seminggu belum habis habis bercerita..nak pulak yang ada lawak lawak sikit..slapstik ker,lawak bodoh ker,tak kesah..tak banyak songgel sangat..asal bolih ketawa..ketawa lah lagi..

p/s;lawak sekarang ni pun kadang kadang ada gak ciplak yang lama lama..

Wednesday, July 27, 2011

Lagu lagu kenangan


Sebuah lagu merdu berirama keroncong nyanyian biduanita Lilis Suryani,lagu dan penyanyi berasal dari Indonesia.

Seruling Bambu

Dari jauh terdengar sangat merdu
Sayup sayup bagaikan buluh perindu
Seruling bambu bertiup dengan lagu
naik turun bagaikan angin merindu

Siapa dia gerangan yang meniup nya
Itu lagu meresap dalam jiwa ku
berirama seni murni nan gemulai
naik turun bagaikan angin merayu

(corus)

Siapa dia gerangan yang meniup nya
Itu lagu meresap dalam jiwa ku...


p/s; Lilis Suryani amat dikenali dan popular di Malaysia sekitar 1970an. Ramai penyanyi dari Malaysia, mahupun Singapura merakam semula lagu beliau. Malah ramai lagi nama besar dari Indonesia terkenal di Malaysia di ketika itu.

Tuesday, July 26, 2011

Cuba lah baca..

Anak Bapak(gambar hiasan)

..Kadang kadang kelabu,kadang kadang terang sangat fon yang aku klik..ko rang tau tak aku buat blog ni tanpa belajar sapa sapa..tak ada orang yang sudi nak ajar....ronda ronda gak tengok blog kawan kawan..memang meriah lah..dah beribu ribu Follower..macam2 macam topik entry..aku ni orang baru..bak ada pantun lama tu..

Buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya(bukan budak)baru belajar
ada yang salah tolong tunjukan..

Biar lah orang nak kata apa..aku terima,dari Header sampai kat bawah2 tu memang aku buat tak ikut Protokol..kalu ada lah..aku pakai hentam keromo jer..ikut sedap klik..nak jadi jadi..tak nak jadi pun jadi..Begitu gak dengan template,banner,widget...bukan paham sangat lagi ni..masih dalam mood pening lagi ni..tak puas puas,melilau jer ..tapi aku rasa dengan apa yang ada ni dah bolih kot...bagi aku lah..dan kengkawan kalu terbaca entri aku ni tolong komen sikit mana yang tak kena..apa yang perlu ada,apa yang agak menyemak blog jer..jangan ketawa dah lah...ok besar lah sangat harapan aku kepada kengkawan tinggal kan nasihat yang berguna...timaseh.

Monday, July 25, 2011

Nah,ambik ko..

Didie Alias dan Enot

   Tengahhari ni sambil sambil tunggu nasi yang belum masak..aku tertonton lah jugak rancangan TV3..Wanita hari ini..tentang topik fesyen sesuai ker tidak dengan bentuk badan kita...banyak lah jugak soalan2 yang di utara kan kepada panel jemputan..Enot dan Didie Alias..fesyen yang sesuai dengan majlis majlis formal,untuk carpet merah,untuk mengacara,untuk berpakaian harian....aku tertarik dengan satu baris jawapan olih pengacara sawan Didie Alias(dia yang kata),yang makin matang berikan jawapan dalam setiap soalan yang di ajukan..kalau tak silap begini  lebih kurang bunyinya.."Bagi saya macam ni lah,saya buat benda yang saya suka,yang di restui olih orang terdekat,mak bapak saya,suami saya.anak anak saya..asal saya tahu tanggung jawab saya sebagai isteri,sebagai ibu,dan sebagai anak..peduli kan orang nak cakap ,,kalau saya dengar cakap dia orang tak kan kemana saya...saya begitu lah, saya begini lah..macam macam,sebab saya rasa mereka takkan pernah akan menghantar beras kerumah saya...." nah ambik ko..


p/s: kita punya baju,kita punya badan..

Sunday, July 24, 2011

Info sehat

Kalau nak sihat,baca info ini.......

 AMARAN !!!!!!!!!!!!!!!!
Info ini adalah untuk pasangan yang sudahberkahwin sahaja....
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.



P/s ;Boleh la rajin-rajinkan diri untuk memeluk pasangan masing-masing.(gaya cakap macam dah kawin jek..waaaaaaaaaa)

..lagi tip nak sehat..

BAHAYA TELEFON BIMBIT

Kanak-kanak di bawah usia bawah 8 tahun tidak boleh terdedah dengan penggunaan telefon bimbit secara berlebihan kerana ia dikaitkan dengan masalah ketumbuhan pada telinga dan otak.
Satu kajian selama 10 jam di Sweden mendapati pengguna yang kerap menggunakan telefon bimbit lebih terdedah kepada ketumbuhan tidak berbahaya pada telinga dan otak.Manakala kajian di Belanda pula menunjukkan perubahan dalam fungsikognitif


 JANGAN KURANG TIDUR

 Golongan lelaki kerap leka melakukan sesuatu aktiviti yang mereka gemari sehingga mengabaikan waktu tidur.Mungkin anda selalu berfikir bahawa manusia bakal mati lebih cepat jika tidak makan berbanding dengan tidak tidur.Ternyata anggapan itu SALAH.Hakikatnya ,manusia bakal mati lebih cepat jika kurang tidur.Manusia akan matijika tidak tidur selama 10 hari,sementara kita masih mampu bertahan berminggu-minggu sebelum mati kelaparan !HARGAILAH WAKTU TIDUR ANDA....


BERHENTI MEROKOK

Dalam satu kajian yang dilakukan di London mendapati kegemukan dan tabiat suka merokok boleh mempercepat proses penuaan.Kajian itu menunjukkan orang yang gemuk dan merokok mempunyai 'telomere'' pendek.'Telomere' adalah bahagian penutup kromosom yang menyekat bahagian itu daripada cepat kendur atau tua serta mengawal ketegangan kromosom sekali gus bertindak sebagai kunci yang menentukan proses penuaan.Jika anda ingin sentiasa awet muda pastikan jaga badan dan elak daripada merokok.


 oleh Irham Aqashah

Lagu dan lirik..


MENIMBANG RASA

APAKAH YANG KU BERIKAN
TANDA AKU SETIA MEMUJA MU
PADA KU LAIN TIADA HANYA
CUMA LAH RASA PENGIKAT CINTA

TIADA KAH DI HATI MU
BERTEMPAT SUDI MENIMBANG RASA
MENIMBANG SAYANG HASRAT ASMARA
GAYA MU MANIS JELITA

ANDAI KATA ENGKAU PUN TAHU
BAGAIMANA HATI KU SEKARANG
RINDU SELALU MELANDA JIWA
HINGGA KASIH SAYANG KU TERBUANG

TETAPI KAU TAK MENGERTI
BAGAIMANA KAH JADI NYA NANTI
MERINDU SEPANJANG HARI
TETAP KEKAL DAN ABADI


(ULANG SEMUA RANGKAP LAGI SATU KALI)


 Lagu asal nyanyian Oslan Husein dari Indonesia
                     Di popularkan semula olih Datuk Ahmad Jais                       
                      

                                         
                                             
                                    
                     

Friday, July 22, 2011

Ibu mati selepas anak terlanggar ketika ajar undur kereta



LONDON: Seorang ibu beranak tiga mati selepas anak perempuan wanita itu terlanggarnya ketika dia mengajar anaknya mengundurkan kereta memasuki parkir, semalam.

Sue Duke, 41, dirempuh kereta Ford Ka dipandu anaknya, Lauren yang berusia 17 tahun.


Tubuhnya tersepit di antara kereta anaknya itu dengan sebuah kereta lain.


Sue yang bekerja sebagai pelayan bar dikatakan memberi tunjuk ajar kepada Lauren supaya memasukkan keretanya ke dalam tempat letak kenderaan sebelum kereta itu secara tiba-tiba meluru ke belakang.


Abang ipar Sue, Malcolm Mitchell berkata, kemalangan yang berlaku di Rochester, Kent itu berpunca daripada kesilapan tragik dilakukan Lauren, remaja lepasan sekolah.


Mitchell berkata: “Lauren sedang berlatih mengundurkan kereta. Kami yakin Susan keluar untuk memberi tunjuk ajar kepadanya. “Lauren pasti keliru antara pedal brek dan pedal minyak dan menekan pedal yang salah.” Seorang saksi yang enggan dikenali berkata: “Pada mulanya, kami tidak sedar Sue dilanggar, kami hanya melihat kerosakan kereta itu.



Kemudian kami nampak Sue terbaring di jalan. Dia dilanggar di kepala, terdapat darah di merata tempat. Ia adalah satu tragedi. “Kami cuba membantu dan menenangkannya sebelum ambulans tiba ke tempat kejadian.


“Remaja perempuan itu bagaikan histeria, dia menjerit dan menangis. Kami cuba menenangkannya tetapi dia sangat sedih. Lauren bersama bapanya, Wayne, 44, serta adik-beradinya yang lain berada di sisi Sue di hospital di London sebelum dia meninggal dunia, semalam.

sumber : myMetro


Read more: http://www.borakkosong.com/2011/07/ibu-mati-selepas-anak-terlanggar-ketika.html#ixzz1SndaGIB9

Nasi Lemak Cara Sehat.

Macam-macam cara persembahan NASI LEMAK

   Ramai orang tidak mampu mengenepikan nasi lemak setiap hari kerana menjadi kebiasaan sejak dulu.Tidak salah mengambil nya setiap pagi kerana ia pemberi tenaga yang mencukupi,malah,ia juga penyumbang sumber proten dan kalsium yang tinggi saperti telur,ikan bilis,ayam,kacang tanah dan juga daging.

   Yang menjadi masaalah adalah lemak dan garam nya yang tinggi.Bagaimana caranya ? Guna lah santan yang tidak terlalu pekat atau susu rendah lemak serta berusaha lah mengurangkan garam.Elakan dimakan bersama teh tarik,sebalik nya memilih segelas air suam...

P/S biasa-biasakan lah dengan tawar..

Thursday, July 21, 2011

Kesah Tempe..


Parameter Proses Pengolahan Tempe
Tempe yang masih Mentah

Pengolahan tempe dimulai dari perendaman (soaking). Selama perendaman, terjadi aktivitas bakteri terutama bakteri asam laktat. Pertumbuhan bakteri sangat penting untuk menghasilkan tempe dengan kualitas prima. Pada tahap ini, bakteri asam laktat memproduksi asam organik sehingga dapat menurunkan pH dan menekan bakteri patogen. Bakteri asam laktat juga mampu mengubah konformasi kedelai, sehingga menciptakan kondisi kondusif untuk pertumbuhan jamur yang berperan dalam proses fermentasi dan memberikan kontribusi penting dalam pembentukan flavor tempe. Akhir-akhir ini, banyak industri tempe yang melakukan perendaman lebih lama untuk meningkatkan daya terima tempe.
Cara sederhana untuk mempercepat pertumbuhan bakteri asam laktat selama perendaman adalah dengan proses ‘back slopping’. Proses ini dilakukan dengan menginokulasikan 5% air perendaman terdahulu kedalam air perendaman baru. Jumlah air perendaman ideal adalah 1: 1 (air : kedelai, b/b).
Parameter proses perendaman yang paling penting adalah bahwa jumlah bakteri asam laktat mencapai 107-109 sel/ml. Jumlah bakteri sebanyak itu mampu memberikan kontribusi optimal pada pembentukan flavor tempe. Perubahan tekstur legume menjadi lunak pada tingkat tertentu dan kadar airnya juga merupakan parameter yang harus diperhatikan.
Tahap lain yang merupakan “the most critical point” dalam pengolahan tempe adalah proses fermentasi, meliputi kondisi bahan, kultur, wadah, dan lingkungan. Bahan, dikondisikan sedemikian rupa sehingga cocok untuk ditumbuhi oleh jamurRhizopus oligosporus. Bahan yang telah direndam selama satu malam dan direbus menghasilkan kedelai sedemikian rupa, sehingga lunak, dan menghilangkan “beany flavor”, dengan pH 4,3-5,3. Kondisi kultur adalah mikroorganisme yang memiliki kemampuan menghasilkan tempe dengan kualitas baik, antara lain ditandai dengan pembetukan flavor, vitamin-vitamin, dan peningkatan sifat fisikokimiawi tempe..
Tempe  sesuai di campur pada sebarang masakan..


Di goreng dan cicah sambal kicap..pedas,sedap.

Sate Tempe

Buat sambal campur ikan bilis makan dengan nasi.


   Demikian lah bagi pengemar tempe..semoga dengan ini menaikan semula paras keterujaan kita kepada ini tempe...sedap dan berkhasiat.selamat memasak tempe.

Wednesday, July 20, 2011

Haaah..apa dia...?

SEDAP BETUL TIDOR...KALU JADI MACAM  KANAK-KANAKKAN BEST...

HARI INI NO ENTRY..NO ENTRY..BZZZZ...esok lah kita citer lagi....

Tuesday, July 19, 2011

Hati-hati kena duri...

KUANTAN:-   Sudah banyak kita baca cerita pasal buah ni...buah berduri,dan banyak sudah darah manusia tumpah kerana duri nya..Konon nya kita bercerita kesah buah durian ni pada orang eskimo..macamana agak nya yer.."ada sejenis buah di sebuah negara yang nama nya Malaysia.Buah nya berduri kulit nya,dan punyai bau yang  begitu subjektif..sebab ada orang terlalu suka dengan bau nya dan tak kurang jugak sesetengah orang nak termuntah bila terbau bau buah ini..."
Sana durian

   Berbalik kita pada cerita buah durian..sekarang ia nya sedang banyak..di mana-mana saja tepi-tepi jalan kita tengok ada penjaja jual buah durian..sedang bermusim..sebenar nya durian sekarang ni bukan lah buah bermusim lagi...pendek kata ia nya bolih di dapati sepanjang tahun...


sini durian

  Durian ada bermacam macam rasa unik,pengemar durian saja yang dapat membezakan rasa nya.Ada rasa manis kepahitan,ada rasa macam susu..dan berbagai rasa lagi..isi nya juga ada yang warna putih dan ada yang kuning..dan bermacam gred serta nama..
olih kerana ia nya kuning  agak nya di beri nama durian Kunyit.

ni durian tah pekenama...
pergh....ini mesti biji kemek punya nih...
   Semalam balik dari bandar nampak ada lah satu gerai menjual duria di tepi jalan sambil perlahan kan kereta nampak lah banner yang di gantung....
..gerai jual durian..
Durian kampong..Rm1.00 satu biji...wah murah ni...lalu aku memberhentikan kereta..tanya mana dia yang seringgit sebiji tu,tak kan yang besar-besar tu pun seringgit jugak...dah habis bang..kata si penjual...kalau dah habis buat apa gantung banner tu..turunkan lah..kesian kat orang berhenti kerana ingat ada durian murah...banyak cerita tentang durian ni..pasal peniaga durian yang macam nak menipu pembeli pun ada..mana tidak durian yg dah merekah di jual dengan harga Rm75.00 hanya dua biji..sebab aku pernah terkena...
  Durian oh durian...ini lah saja cerita ku pasal raja buah yang sedang bermaharaja lela sekarang..baik-baik makan durian jangan sampai kena duri nya...tajam.

Monday, July 18, 2011

Jangan Halang ANAK HISAP JARI.

"Adik kan dah besar.Mana bolih hisap jari,"pujuk maziana lembut.Cuba ditariknya keluar ibu jari Fakrul daripada 
dalam mulut.Namun,Fakrul enggan menurut.Dan akhir nya Maziana pula terpaksa beralah.

  Budaya menghisap jari bukan sekadar tabiat biasa si kecil.Lebih menarik,fe`el ini mampu memberikan kepuasan yang cukup istimewa baginya.

   Menurut Dr. Mariani Md.Nor,pensyarah kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling ,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,peringkat oral merupakan tahap pertama yang perlu di lalui anak kecil dari usia bayi sehingga umurnya dua tahun.
  Ceritanya lanjut,pada peringkat tersebut,kanak-kanak akan memperoleh kepuasan diri melalui aktiviti yang melibatkan mulut.Ini turut merangkumi kepuasan dari perspektif keselesaan dan keseronokan.Tegas Dr.Mariani lagi,fitrah inilah yang mendorong  anak kecil untuk ralit menghisap jarinya sendiri,termasuklah jari kaki.

  Alam anak kecil sememangnya unik dan istimewa.Dan mungkin juga ramai yang tidak sedar bahawa selain memberikan kepuasan,aktiviti menghisap jari sebenarnya turut membina keyakinan pada diri anak.
Gambar sekadar hiasan.

    "Kalau dia melalui tahap kepuasan dengan baik,dia akan berasa seronok.Dia akan percaya pada dirinya dan juga percaya pada orang lain"'ujar Dr.Mariani.
    
    Lantaran itu,beliau mengingatkan ibu bapa agar tidak cuba menghalang anak menghisap jari.Ini kerana tindakan tersebut mampu meninggalkan impak negatif pada kemudian hari.
   "Kita patut tahu bahawa aktiviti nya pada peringkat itu ialah dengan mengunakan mulut.Jadi dia tidak sepatut nya di halang kerana ini bolih menjejaskan personalitinya.Ia bolih memberikan kesan jangka panjang."hurai beliau lagi.

   Walau bagaimana pun,pada masa yang sama Dr.Mariani turut mengakui bahawa kanak-kanak yang sudah melewati usia dua tatun tidak wajar di galakkan untuk terus menghisap jari.Bercerita lanjut,beliau menyifatkan kanak-kanak yang enggan berhenti daripada tabiat tersebut sebenarnya tidak memperoleh kepuasan yang sepatutnya dia kecapi ketika masih kecil.Dan ini mungkin meliputi aspek kasih sayangserta perhatian.Lebih daripada itu,konsep kendirinya juga turut condong menjadi negatif.

   Tambah Dr.Mariani,tabiat menghisap jari bolih menyebabkan kanak-kanak berasa malu.Lantaran itu,dia mungkin terdorong untuk lebih banyak menghabiskan waktu bersendirian.Akhirnya,pergaulan dengan rakan-rakan juga mula menjadi sifar.Natijahnya,dia memiliki konsep kendiri yang negatif.Apabila situasi ini  berlaku,'esteem'kendiri akan turut menurun di sebabkan nilai harga dirinya yang juga mungkin berkurangan.

Dr.Mariani Md Nor

   Jelas beliau,ibu bapa bolih mengajak anak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bagi mengalihkan perhatiannya.Penyertaan dalam aktiviti yang banyak mengunakan tangan membolihkan dia terlipa sebentar akan tabiatnya.Dan ini sedikit sebanyak membantunya untuk menghentikan tabiat tersebut.Bagi anak yang turut memiliki 'esteem'kendiri yang rendah ,pendedahan terhadap pergaulan dengan rakan-rakan sebaya lain juga mampu memperbaiki dan meningkatkan nilai 'esteem'kendirinya.

   "Terangkan kepada anak bahawa kalau hendak berkawan dengan kanak-kanak lain,dia tidak bolih menghisap jari."tokok beliau lagi.

   Selain itu,beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memberikan alasan yang kukuh dan munasabah.Jawapan yang berunsurkan pembohongan bolih menimbulkan kekeliruan walaupun ada kemungkinan anak akan berhenti daripada menghisap jari.Gemar menghisap jari adalah fitrah anak kecil.Lantaran itu,menghukumnya semata-mata mahu dia menghentikan amalan tersebut bukan lah suatu yang wajar.Malah,tanpa sedar ia seolah-olah menafikan kebolihan anak kecil melakukan aktiviti peringkat pertama nya yang lebih banyak mengunakan mulut.Lebih buruk lagi,cara tersebut juga secara tidak langsung mendidik anak bersikap ragu-ragu,rendah diri serta tidak percaya pada diri sendiri.  


OLEH AZNI HUSAIN FOTO MOHD.SHAMSUL MOHD SAID