Saturday, August 27, 2011

Nasi Dagang Dungun, Terengganu | mazudi.com

Kalau kalian datang ke Terengganu, menjadi satu kewajipan untuk kalian merasa nasi dagang Terengganu.  Biasanya nasi dagang ni dihidangkan sebagai sarapan pagi kat sini. kebanyakan warung dan kedai makan kat Dungun ni, bila kalian masuk untuk bersarapan, akan ada nasi dagang yang dibungkus dengan menggunakan daun pisang.  Satu keunikan yang ada padanya disamping menggunakan gulai ikan tongkol sebagai lauknya serta ditambah dengan acar timun. Harganya dikala semua harga barang naik ni secara puratanya ialah RM2.50.
Kalau kalian rajin nak masak nasi dagang, ini adalah resepi untuk buat nasi dagang Terengganu.
Bahan-Bahan Untuk Membuat Nasi Dagang
3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Alba
Garam Secukup Rasa
Bahan-Bahan Untuk Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu
1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam,Perasa Ajinomoto dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa
Cara-cara Membuat Nasi Dagang:
Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.Angkat dan masukkan santan pekat,alba,bawang merah,halia dan garam secukup rasa.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata.Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.
Cara-cara Membuat Kuah Nasi Dagang Terengganu:
Kacau santan hingga mendidih.Kemudian masukkan cili giling,bahan-bahan yang dikisar,rempah dan asam keping.Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi.Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.Kemudian,masukkan garam,perasa Ajinomoto dan manisan secukup rasa.Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian,kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu
Hidangan ini boleh dihidangkan untuk 8 orang
1.Lebih menyelerakan dimakan bersama dengan acar timun
2.Bagi mereka yang tidak makan ikan tongkol,mereka boleh menggantikan ikan kembung
3.Gulai ayam dan gulai daging juga boleh dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu
resepi dari : mesra.net
Selamat mencuba ya puan puan.

Thursday, August 25, 2011

koleksi antara tujuh keajaiban senibina gergasi dunia.TAJ MAHAL


TAJ MAHAL (SENIBINA INDIA)


Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan gaya senibena Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauharaketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripadamarmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenisbatu permata, termasuknya berlianjedkristaltopaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

Kontraktor projek
Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:
  • Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di OtomanTurki. Beliau pernah berguru denganKoca Mimar Sinan Agha.
  • [Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
  • Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
  • Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
  • Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
  • Amanat Khan dari ShirazIran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
  • Muhammad Hanif - penyelia
  • Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
  • Pengukir dari Bukhara.
  • Kaligrafi dari Syria dan Farsi.
  • Inlayer dari India Selatan.
  • Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.

Tuesday, August 23, 2011

koleksi antara tujuh keajaiban senibina gergasi dunia.


Piramid.


Di antara ketiga-tiga piramid yang menjadi tinggalan bagi seni pembinaan di Mesir, Piramid Giza paling menonjol sekali. Piramid-piramid ini dibina sekitar pada dinasti keempat iaitu 4,550 Sebelum Masihi.
Piramid Mesir Purba ini dibina untuk dijadikan makam untuk Raja-raja (dan Permaisuri) termasuk Makhluk yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan dan tidak pernah sakit, akhirnya mati dalam keadaan terhina dan menjadi tatapan dunia sehingga ke hari ini.
Artifak pemerintahan Mesir kuno termasuk makam firaun Tutankhamun, satu-satunya makam firaun paling lengkap yang berjaya diselamatkan daripada pencari harta karun. Sebelum ini, ada kajian menarik yang dilakukan oleh arkitek Perancis mengenai Piramid Giza.
PARIS: Arkitek Perancis mendakwa membongkar misteri bagaimana piramid Giza di Mesir dibina dari dalam ke luar dan bukan sebaliknya seperti tekaan sebelum ini.
Selepas mengkaji piramid selama lapan tahun, Jean-Pierre Houdin, kelmarin mendedahkan hasil kajiannya dan menunjukkan lakaran tiga dimensi bagaimana pekerja Mesir purba mengangkut blok batu seberat 2.5 tan setiap satu untuk membina piramid Giza, di luar Kaherah.
Pembinaan Piramid 4,500 tahun lalu oleh raja bernama Khufu, juga dikenali sebagai Cheops, sudah lama membingungkan saintis. Teori paling kerap dikemukakan ialah tanjakan berlingkar dibina di luar struktur piramid bagi mengangkut batu dan menyusunnya bagi membentuk piramid. Namun, menurut teori Houdin yang boleh dilihat di laman web www.3ds.com/khufu, pembinaan piramid pada peringkat bawah hingga ke ketinggian 43 meter menggunakan tanjakan di luar piramid bagi mengangkat dan menyusun batu besar berkenaan.
Bagaimanapun pada paras selanjutnya, tanjakan berlingkar di dalam rangka piramid dibina untuk menyiapkan struktur itu. Houdin berkata, kajiannya turut mengambil kira kajian yang dibuat oleh Gilles Dormion, rakyat Perancis yang sudah lebih 20 tahun mengkaji pembinaan piramid. Houdin berkata beliau mahu menguji teorinya dengan membuat siasatan di piramid itu sendiri.


piramid giza4 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza


piramid giza5 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza


piramid giza6 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza


piramid giza7 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza


piramid giza9 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza


piramid giza8 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza


piramid giza10 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza


piramid giza1 (Gambar) Keajaiban Dunia: Piramid Giza
Walaubagaimanapun, masih bermain di fikiran saya beberapa persoalan seperti di bawah (yang aman yang boleh menjawabnya, dipersilakan. Mari berkongsi maklumat)
  • Misteri paling besar ialah kenapa binaan itu berbentuk piramid? Bukan 4 segi, bukan seperti istana, tiada tiang, tiada menara. tiada bumbung?
  • Kenapa setiap sudut bucu piramid bersetentang tepat dengan sudut Utara, Selatan, Timur dan Barat?
  • Bagaimana mereka potong setiap keping batu itu dengan ketepatan yang hanya mampu dicapai dengan bantuan teknologi lazer dan komputer (bukan potong pakai pahat dan penukul)?

Monday, August 22, 2011

Satu antara tujuh keajaiban senibina gergasi..


Tembok Besar

      
China merupakan sebuah negara yang mempunyai sejarah lama, kebudayaan cemerlang dan kaya dengan sumber pelancongan. 29 Warisan Alam dan Warisan Budaya Dunia yang wujud di China memperlihatkan kecerdikan dan kerajinan rakyat China. Jumlah Warisan Dunia yang wujud di China itu menempati kedudukan ke-3 di dunia. Tembok Besar atau Great Wall China digelar sebagai salah satu antara "7 keajaiban dunia". Tembok Besar China merupakan projek pertahanan ketenteraan zaman purba yang masa pembinaannya paling panjang dan projeknya paling besar di dunia. Tembok Besar China sepanjang lebih 7 ribu kilometer. 
Tembok Besar China mula dibina pada abad ke-9 sebelum Masihi. Demi menghalang pencerobohan suku kaum di bahagian utara, pemerintah di tengah China pada waktu itu telah membina tembok yang menyambungkan kubu-kubu pertahanan di kawasan sempadan, itulah Tembok Besar yang paling awal. Sehingga Zaman Negeri-negeri Berperang, perang berlaku terus-menerus antara bangsawan dan raja pelbagai negeri. Demi menghalang serangan negeri lain, pelbagai negeri masing-masing telah membina Tembok Besar di kawasan pergunungan. Pada tahun 221 sebelum Masihi, Maharaja Qinshihuang Dinasti Qin telah menyatukan China. Baginda menyambungkan Tembok Besar yang dibina oleh pelbagai negeri sepanjang lebih 5 ribu kilometer bagi memghalang serangan askar suku kaum normad di padang rumput Mongolia di sebelah utara. Selepas Dinasti Qin, Dinasti Han telah memanjangkan Tembok Besar itu sehingga lebih 10 ribu kilometer. Dalam masa selama lebih 2 ribu tahun yang lalu, penguasa pelbagai dinasti China masing-masing telah membina Tembok Besar, panjang keseluruhannya mencatat 50 ribu kilometer, lebih panjang daripada satu lingkaran bumi. Projek Tembok Besar sungguh menakjubkan.
Tembok Besar yang disebut umum itu adalah Tembok Besar yang dibina pada zaman Dinasti Ming iaitu dari tahun 1368 hingga tahun 1644. Hujung baratnya sehingga di genting Jiayuguan di Provinsi Gansu di barat laut China dan hujung timurnya di pinggir Sungai Yalujiang di Provinsi Liaoning di timur laut China, panjangnya mencatat 7,300 kilometer.
Sebagai projek pertahanan ketenteraan, Tembok Besar dibina menurut tinggi rendah lereng gunung dan melintasi padang pasir, padang rumput dan tanah paya. Tukang bina zaman purba China telah membina struktur yang berbeza-beza berdasarkan keadaan muka bumi yang berbeza dan telah memperlihatkan kepakaran dan kecerdikan mereka.
Tembok Besar umumnya dibina di puncak gunung, di sebelahnya adalah lereng gunung terjal yang curam. Tentera musuh sukar untuk melancarkan serangan terhadap tentera yang bertahan di Tembok Besar.
Tembok Besar dibina dengan batu dan batu bata panjang, tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu. Tinggi Tembok Besar umumnya belasan meter dan lebar di atas Tembok Besar itu kira-kira 5 meter, 4 orang askar yang menunggang kuda dapat berjalan sejajar di atasnya, senjata dan bahan makanan dapat diangkut di atasnya. Askar boleh turun dan naik menerusi tangga dan pintu yang dibina di sebelah dalam. Banyak kubu pertahanan telah dibina di sepanjang Tembok Besar. Kubu pertahanan itu mempunyai banyak fungsi. Fungsi pertama ialah tempat askar berlindung semasa berperang. Mereka juga boleh berehat di kubu itu pada waktu aman disamping menjadi tempat menyimpan senjata dan bekalan bahan makanan, apabila musuh menyerang, tahi serigala dibakar di atas kubu pertahanan tersebut membentuk asap untuk menyampaikan isyarat bahaya dengan segera. 
Tembok Besar China yang termasyhur itu mengandungi semangat dan perasaan bangsa China dan kini telah menjadi lambang bangsa China. Pada tahun 1987, Tembok Besar China telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia.

Friday, August 19, 2011

70 tahun di dasar tasik..

~"Kadang kadang kami melelong kereta yang tersadai lama dalam stor,tetapi tidak pernah ada kereta yang terendam 70 tahun di dasar tasik di lelong"~ > James Knight..Pegawai Bonhams.



Bateri yang sudah berkarat



Menarik..Keadaan sebenar kereta.




Lampu..antara komponen asal kereta.



Papan pemuka


Stering.


Tahan lama..masih ada angin dalam tayar kereta ini


Menarik perhatian...orang ramai melihat bangkai 
kereta yang di keluarkan dari tasik.


Bagai besi buruk...keadaan rangka kereta
selepas di keluarkan dari air.

   Walau apa pun penjelasan nya,kereta usang itu sentiasa mengunakan nombor pendaftaran Perancis dan duti impot nya tidak pernah di lunaskan.
   Di percayai ,Schmuklerski mengabaikan nya ketika meninggalkan Ascona dan ia tersadai di dalam gudang.
Pegawai kastam menyedari kewujudan kereta itu dan berkeras mahu duti impot nya di bayar.Ketika itu jumlah cukai kereta berusia 11 tahun itu mungkin lebih tinggi berbanding nilai sebenarnya.Apabila tuntutan kastam tidak di tunaikan ,kereta itu perlu di lupuskan dan satu satunya kaedah paling mudah adalah dengan menolak nya ke tasik berhampiran.
  Sebagai langkah berjaga jaga,pihak kastam memasang rantai besar pada badan kereta itu bagi memudahkan ia ditarik ke darat jika ada keperluan berbuat demikian.
  Namun kereta itu akhir nya tersadai kedasar tasik.Apabila di tarik kedarat Julai lalu,orang ramai terkejut bila mendapati tayarnya masih berangin dan cat asal berwarna biru masih dapat di lihat.Di percayai,20 peratus daripada keseluruhan badan kereta itu masih bolih di selamatkan,menjadikan ia barang yang bernilai untuk pengumpul barang antik dan muzium.Pegawai Bonhams,James Knight,berkata lelongan itu adalah yang pertama seumpama nya."Kadangkala kami melelong kereta yang tersadai lama dalam setor,tetapi tidak pernah ada kereta yang terendam 70 tahun di dasar tasik di lelong".Lelongan itu akan  diadakan pada 23 januari 2011(sudah lepas)dan di jangka ia bernilai RM435,110.~Agensi

p/s:lagi lama lagi bernilai..barang lama tahan lama..

Sunday, August 14, 2011

Jangan pandang remeh..



(Sedang berucap semasa kempen Anti-Murtad di Masjid Negeri Shah Alam)


Kita tidak ada masalah dengan orang Kristian tapi kita ada masalah dengan mereka yang cuba menentang kita, mencabar agama dan aqidah Islam.

Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan agama negara ini adalah agama Islam. Malahan diletakkan Islam sampai ke peringkat tidak boleh disentuh. Begitu istime dan tinggi agama Islam diletakkan didalam Perlembagaan, sehinggakan kalau darurat diisytiharkan, Parlimen digantung dan undang-undang lain dimansuhkan, tetapi jelas disebut agama Islam tidak boleh disentuh!

Para jemaah sekelian, isu ini bukan isu politik, ia bukan isu kepartian, ia tidak ada kena mengena dengan UMNO atau PAS, tetapi ia ada kena mengena dengan kita orang Islam. Ini isu umat Islam, tak kira apa fahaman atau parti politik yang dianutinya.

Ini isu kita! Isu umat! Yakinlah, jika kita umat Islam tidak berbuat apa-apa hari ini, lima tahun ke depan, 10 tahun ke depan, kita semua akan membayar dengan harga yang mahal terhadap serangan aqidah dan cubaan memurtadkan umat Islam ini. Jangan terkejut kalau ahli kelaurga, anak isteri saudara yang terbabit kelak! Ayah Aishah, Haji Bkhori; ayah Azlina, Haji Jailani; ayah Jamaludin, Haji Osman, tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka satu hari nanti anak mereka akan murtad.

Tetapi hakikatnya anak-anak mereka telah murtad, keluar daripada agama Islam, dan memeluk Kristian. Ini adalah kerja terkutuk gerakan missionary kristian la'natullah yang makin melampau akibat kedayusan dan kelesuan kita sendiri. Ayah Aishah membayar harga yang mahal! Ayah Azlina membayar harga yang mahal! Ayah Jamaluddin membayar dengan harga yang mahal! Apakah saudara semua bersedia untuk membayar dengan harga yang sama!!!


Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
13 Ramadhan 1432
13 Ogos 2011


Saturday, August 13, 2011

Kasi ceramah sikit..

    Kita masih lagi di bulan pose..Ramadhan Al mubarak..Alhamdulillah tiga belas hari sudah berlalu dengan lancar nya..ya Allah terima lah amal ibadat kami seada nya..kalu tak mampu nak buat banyak2 macam tok alim to lebai yang naik kematu dahi dek kerana banyak nya sujud,kita buat lah setakat yang kita mampu,yang penting biar lah amal yang di laku kan ikhlas kerana Allah ,bukan kerana riak serta kerana benda2 lain..nauzubillah..berbalik pada citer yang kita ni masih dalam bulan puasa,semua orang tahu ini lah bulan ujian,bulan cobaan,apa kah kita hamba2 tuhan ini tahan dengan ujian serta cobaan tersebut..Saperti umum tahu puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga..pose juga mengajar kita supaya menahan bicara kita dari membicarakan perkara2 yang tidak baik.mengata ,mengeji,memaki,memperli..dan banyak lagi benda yang tak baik bermula dengan mulut.Banyak kita tengok dalam Facebook,blog...kata mengata,tuduh menuduh,sangka menyangka yang tak baik beredar di pasaran..kadang2 yang menulis tu pun nampak alim ulamak jugak lah berdasarkan banyak sunah2 nabi,,kata2 mutiara ,ayat2 alQuran selalu menjadi bahan tulisan mereka..tapi bila time mengata ,cepat sangat mempercayai benda2 yang belum tentu sahih nya,khas nya di bidang politik..sama sama lah kita berpuasa pada hari yang ke 13 dan hari2 seterus nya yang masih berbaki lebih kurang setengah bulan lagi ni dengan erti kata puasa total..mintak pada Tuhan membantu kita dalam menunaikan dengan sempurna rukun Islam ke tiga ini..amin

Thursday, August 11, 2011

nak nulis sikit lah..

..Hari ini sudah masuk ari ke sebelas kita umat Islam di bumi bertuah ini menjalankan ibadat puasa.Alhamdulillah semua nya berjalan dengan baik..dan InshaAllah ,mudah mudahan sama lah kita berdoa ke hadrat Ilahi agar hari hari seterus nya jugak akan datang dengan lancar..cuaca jugak semua nya ok..tak berapa panas..dan dua tiga hari sudah nampak nya ada hujan..cuma kata nya ada sikit cubaan di petang hari ketika penuh kat bazaar Ramadhan angin ribut melanda di beberapa tempat..alhamdulillah belum ada yang kehilangan jiwa saperti di tahun lepas ada yang meninggal ketika pergi ke bazaar Ramadhan mencari juadah berbuka.Saranan kita kepada peniaga senyum lah sikit ketika berniaga tu..sebab ada kes terutama pembantu2 kepada peniaga,mentang mentang lah bulan puasa tak kan tak bolih senyum sikit pun,bukan semua lah..ingat senyum itu kan sedekah..tak bersedekah duit ringgit,kita sedekah senyuman..tak rugi..sekurang2 nya pelanggan akan ingat dan mungkin besok dia akan datang lagi ke gerai kita sebab senyum kita itu..kepada pembuat kueh buat lah kueh dengan ikhlas..kata tukang masak mashyur "Chef Wan"masak lah dengan jiwa kita..bagaimana kita nak makan begitu lah juga bila kita nak beri orang lain makan.Jangan kueh yang sepatut nya manis  ,menjadi masin,menjadi pahit..tawar,sebab tuan blog pernah terkena beli kueh dah lah mahal,tak kesah lah sebab dia orang pun beli barang serta bahan bahan untuk buat kueh tu mahal...serikaya bila ngap jer masuk mulut..alamak MASIN...ok lah panjang panjang pun tak terbaca jugak..cukup dulu buat entry hari ini..

p/s: banyak kan lah sabar..mulut manis hati baik..

Sunday, August 7, 2011

Datuk Ahmad Jais

Budak pejabat jadi penyanyi




 PROFILE
  Nama: Datuk Ahmad Jais
Tarikh Lahir: 28 Mac1936
Asal: Kapar ,Klang Selangor.
Anugerah:
Juara lagu asli 1959 &1960
Juara lagu pop 1961
Juara lagu asli 1962
Anugerah artis sepanjang zaman PAPITA 2002
Anugerah Biduan Veteran pada Anugerah Biduan
Veteran daripada Berita Harian ,menerusi ABPBH 2002.
Di kurniakan darjah Panglima Jasa Negara (PJN)
yang membawa gelaran Datuk,olih Seri Paduka
Baginda Yang Di Pertuan Agung,Tuanku Syed
Sirajuddin syed Putra Jamallulail pada 3 jun 2006.

   Penyanyi bersuara emas ,Datuk Ahmad Jais tidak menyangka nama nya akan mekar saperti hari ini .Penyanyi malar hijau ini pernah merantau kebanyak negeri untuk mengutip pengalaman hidup.
Dari Kuala Lumpur Ahmad Jais berpindah ke Singapura.Pekerjaan pertama nya waktu itu adalah sebagai budak pejabat .Bekerja di Cycle & Carriage ,Singapura .Ahmad Jais bertugas membantu kerja kerja mengemas dan menghantar surat .Mendapat bayaran sekitar RM80 sebulan ,ia sudah cukup menampung kehidupan bujang nya dan juga sebagai anak rantau.
   Namun Ahmad Jais sebenar nya memasang angan angan bergelar anak seni.Yakin dengan bakat dan minat menyanyikan lagu lagu asli merupakan peluang untuk nya menerobos diri sebagai penyanyi.Menyedari bakat yang ada pada diri nya ,dia berazam untuk menyertai mana mana pertandingan pencarian bakat untuk mengetengahkan bakat pada diri nya.Terbukti memenangi pertandingan nyanyian dua tahun berturut turut adalah langkah pertamanya untuk bergelar anak seni .Penyanyi kelahiran Kapar,Selangor ini terus mahu mengembangkan bakat yang ada.

  

Di GAM memasuki pertandingan

  Ahmad Jais tidak pernah rasa rendah diri dengan kemampuan diri nya.Minat nya itu membuatkan Ahmad Jais memburu setiap pertandingan yang di anjurkan.Niat nya adalah untuk mendapat tawaran menjadi artis rakaman .Sebut lah apa sahaja pertandingan,pasti dia tidak mahu ketinggalan .Namun ,selepas dua tahun berturut turut bergelar juara ,Ahmad Jais di GAM daripada menyertai mana mana pertandingan.Ia sebagai bantahan yang di buat peserta kerana dia merupakan penyandang juara."Itu lah pengalaman buat saya.Ketika nak masuk buat kali ketiga ,ada yang nampak muka saya terus beritahu pehak penganjur agar saya tidak di senaraikan.Mereka tidak mahu saya merangkul kemenangan lagi.Mereka rasa saya sudah bagus dan tak sesuai masuk pertandingan nyanyian sahaja."Ahmad Jais berkata ,atas sebab itu dia hanya memasuki pertandingan juara Lagu Singapura,tetapi dua tahun kemudian dia masuk semula pertandingan nyanyian."Kali ini tak ada bantahan ,mungkin sudah dua tahun orang lain menyanyi sahaja,Alhamdulillah ,saya dapat gelaran juara lagi untuk lagu asli di singapura ,"katanya.



Lepaskan kerja

   Ahmad jais melepaskan kerja tetapnya setelah mendapat tawaran pertama merakamkan lagu bersama Panda Records di iringi orkestra Selayang Pandang.Peluang semakin menghampiri dirinya apabila mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria ."Itu lah pengalaman pertama saya yang saya anggap sebagai pembuka jalan saya dalam bidang seni.
Pada zaman itu Panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan."
  "Tidak semua penyanyi bolih membuat persembahan di situ.Apabila terpilih,saya tahu ini lah titik permulaan dan saya harus buat yang terbaik."
  "Alhamdulillah ,Lagu di Ambang Sore mendapat perhatian.Ia juga mendapat kata setuju daripada tokoh muzik terkenal Singapura ketika itu ,iaitu Zubir Said."katanya.
   Tidak hanya Seriwarna,malah Ahmad Jais juga di berikan kesempatan menjadi penyanyi jemputan untuk sebuah kumpulan muzik terkenal di Singapura,Orkes Melati Putih.Sejak itu,nama nya semakin menjadi sebutan.
   "Saya mula nampak arah tuju saya .Saya bersyukur kerana dapat menyanyi dengan genre yang saya suka.Di samping itu berduet dengan artis lain saperti Allahyarham Datin Rafeah Buang ia itu dengan lagu Juwita ku sayang dan bersama Kartina Dahari menerusi lagu,Budi Setahun Segunung Intan"ujar nya.


Terbit album pertama

   Tidak hanya berduet dan mengadakan persembahan pentas ,cita cita Ahmad Jais untuk merakamkan album terlaksana sekitar 1965.Dengan judul album Kucupan Azimat ,album berbentuk EP dan LP itu mendapat sambutan yang begitu mengalakan.
   "Saya tak sangka usaha saya mendapat kejayaan yang baik.Saya tahu bukan mudah untuk kita terus kekal dalam industri seni sekira nya tidak ada kesabaran."
   "Saya tidak pernah putus asa dan sentiasa cuba merubah diri untuk menjadi lebih baik,"katanya.Di kurniakan darjah kebesaran PJN yang membawa gelaran Datuk daripada SPBYDPA,Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena hari keputraan Seri Paduka Baginda ke-63 pada 2006.Ahmad Jais tidak menganggap ia sebagai pengakhiran untuk nya berehat dalam dunia seni.
   "Saya terus menyanyi selagi terdaya.Apa yang di berikan kepada saya adalah pembakar semangat untuk saya terus menyanyi.Tidak ramai yang bolih menyanyi lagu-lagu asli dengan baik.Jadi kewajipan saya memberi ilmu kepada mereka agar tidak patah semangat untuk mempopularkan lagu-lagu asli ini,"kata nya lagi.
  


Antara lagu Datuk Ahmad Jais yang sentiasa berkumandang bila musim raya..


Tulisan:HASLINA KAMALUDIN
Petikan:Nostalgia,Sinar Harian 7/8/11


WTF : Kerajaan China Larang Masyarakat Islam Uighur untuk Berpuasa | Aku Stress Giler

WTF : Kerajaan China Larang Masyarakat Islam Uighur untuk Berpuasa | Aku Stress Giler

Friday, August 5, 2011

Teman suka nor baca tulisan dierr.


Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

Kita berdoa dengan harapan dan keyakinan: Aamantu billah, summastaqeem!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Ramadhan 1432
05 Ogos 2011

Wednesday, August 3, 2011

Dah Pencen..



  Aku aseorang pesara...bermula 2 januari 1981 resmi lah aku sebagai kakitangan kerajaan..sesudah subuh..aku akan bersiap2 untuk turun dari rumah..tiap2 hari itu lah rutin harian ku..tolak sabtu dan ahad..tolak cuti umum..semua semua perayaan kaum di Malaysia..tidak kira hujan atau panas,kalu tidak sakit,MC..aku akan mula kan tugas  seawal  7.30 pagi..10.00(15 min) tea break..12.45 rehat makan tengahari...2.00 sambung semula tugas..3.00(15)tea break...4.50 balik..begitu lah jadual harian kerja ku selama lebih kurang 28 tahun.. Pada tarikh saperti tertera pada surat penghargaan di atas,aku bersara wajib,genap umur persaraan 56 tahun..Sepatut nya sambung pencen pilihan 58 tahun..tapi bagi aku cukup lah tu..dah lama benor rasa nya..
  Terima kasih kepada majikan,kerajaan M`sia..aku seorang yang pernah jugak berbakti kepada negara ,walaupun sekelumit..sekarang aku sudah bertaraf pesara,banyak kerja kerja sendiri yang dulu di abaikan kini bolih lah di jinak kan semula,dari anak anak semua nya masih kecil sehingga lah semua nya dah besar panjang..dan sekarang dah punyai tiga orang cucu,bolih lah beri perhatian sepenuh masa kepada mereka ..sengaja aku tulis untuk suka suka baca...orang tak baca ..biar aku baca..mwahahahahaaaaa..tak per laa at least aku pun ada blog..bak kata orang teganu..koho koho,sloo sloo..


Monday, August 1, 2011

Mintak doa biar lah yg baik baik

Parsyy Cat was tagged in Pencacai SeMaleysia's photo.


GUA SEBAGAI PENYIMPAN MOHOR BESAR KERAJAAN LANGIT ATAS MALAYSIA INGIN MENGUCAPKAN...: Selamat berpuasa kepada semua yang nak puasa dan kepada org islam yang tak nak puasa boleh pergi main jauh2 kemudian boleh pergi mamposs..kahkahkahah Disini juga gua mengucapkan selamat menyambut ketibaan ramdhan dan diharap ramadhan ini mebawa satu keberkatan untuk lu orang semua.. harapan menggunung gua ialah,moga2 ramadhan ini adalah ramdhan terakhir 
untuk umno barisan neraka aka babi negara..! kahkahkahkahkahka



Kalu doa doa yang macam gini macam mana kira ye
rasa nya kurang sopan kalu doa2 begini ..bagi pendapatan tuan blog lah..tak kira lah siapa

 pun tukang doa tu
.Mintak lah benda yang elok elok..tapi entah lah agak nya baik di rasa

 kan olih tukang karut di dalam petikan di atas nun...entah lah ,kok yer pun benci sangat kat

 orang, hormat lah sikit bulan puasa ..


p/s:maaf cakap,pendapatan tuan tanah lah,memang tak baik..