Tuesday, October 22, 2013

Misteri Kematian Puteri Diana Terjawab?



[SH] SELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.

Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu.

"Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).

"Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut.

Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.

Tinggal momen

Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.

Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.

Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London.

Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara.

"Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja.

"Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber.

MUKHRIZ KENA DAH FITNAH SEMATA-MATA KERANA PAKAI JUBAH!!!



Memang susah jadi puak-puak nih!

Kalau cerita tentang agama, depa sajalah yang kuat agama. Mereka sajalah yang pakaragama. Mereka sahajalah orang agama. Syurga tu untuk orang PAS dan Neraka dicipta untuk orang UMNO. Orang PAS melahu menonok macam Mat Sabu pun, dijamin masuk syurga sebab dia orang PAS. Orang UMNO bermujahadah dan patuh kepada lima Rukun Islam dan beriman kepada enam perkara dalam Rukun Iman pun, dikatakan tak boleh masuk syurga sebab menentang PAS.

Ingatkan dah tak ada lagi dah pemikiran BONGOK dan TOLOL seperti ini. Rupa-rupanya masih tebal dan terus menebal.

Serban, jubah dan kepiah putih dianggap sebagai PAKAIAN ISLAM. Kononnya itu adalah SUNNAH NABI. Jadi, disebabkan kuat sangat ilmu takliq dan ikut-ikut buta perut, maka untuk jadi orang Islam tulen atau KELIHATAN SEPERTI ORANG ISLAM TULEN, kenalah pakai serban, sarung jubah dan tenggekkan kepiah putih atas kepala. Nak lagi sunnah, bela pula janggut walaupun janggut berserabai macam bulu jagung!

Jadi, kalau orang lain yang bukan PAS pakai serban, jubah dan kepiah putih, maka akan diperolok-olokkan sebab tak kena sungguh di mata orang PAS.

Itu yang kena kat Mukhriz. Sebabnya, ada pulak gambar Mukhriz berjubah dan berkepiah putih tersiar. Menggelepar, melenting dan terloncat-loncatlah sekalian orang PAS. Takjub dan terpegunlah mereka kerana ada pula pemimpin UMNO yang boleh berjubah dan berkepiah putih sedangkan dalam kepala otak mereka, itu pakaian orang Islam yang hanya dikenakan oleh para pemimpin PAS dan ditakliq oleh para pengikut PAS.

Dan lebih melucukan lagi ialah apabila Mukhriz 'MENGENAKAN JUBAH DAN KEPIAH PUTIH' sebab nak berkempen untuk PRK DUN Sungai Limau!!!



Tuesday, October 8, 2013

Hukum Karma...

Gambar sebagai hiasan,...

 Selamat malam..sambil menunggu ilham yang entah bila akan datang..Jam sudah menunjukan pukul 12:++ tengah malam..Kipas silling berpusing ligat 4 speed..namun tidak terasa sejuk angin nya..panas memantul dari dinding batu blok rumah ku ini..bahang panas di siang hari tadi belum reda..suasana agak sepi..sesekali terdengar deruan injin motor melintas depan rumah..meluncur pergi...
 Apa yang ingin ku cerita kan yer..oo ya aku teringat di beberapa minggu sudah..aku pulang kekampong menghadiri majlis sambut menantu anak saudara sebelah isteriku..ada suatu peristiwa yang bila aku ingat, buat aku berkerut kening..
 Cerita nya begini..
  Majlis tersebut di adakan pada hari Jumaat..aku pulang berdua dengan isteriku sahaja..anak2 tidak turut sama..Bila tiba hampir waktu Jumaat..aku pun pergi lah ke mesjid yang tidak berapa jauh dari rumah anak sedara ku itu dengan berkereta..setelah bersalin pakaian dengan berkain pelikat dan berbaju bersih untuk sembahyang..maka Jumaat pun bermulalah..Alhamdulillah solat Jumaat selesai aku pun turun dari mesjid untuk balik semula kerumah majlis..sebab masa ni lah waktu puncak majlis,aku kena melayan seadanya..sebab tetamu yang di jemput sebahgian besar nya adalah jemaah yang turun dari mesjid..
.Aku menghampiri kereta..bila cuba nak unlock..Allah..aku dapati pintu kereta memang aku lupa nak lock..Allahuakhbar..fuhhh....!! mengucap panjang aku..nasib baik lah tidak ada yang gatal tangan buka pintu kereta,kalau tidak..betul2 tepi pintu beg tangan isteri ku letak di situ..dalam beg tu ada macam2 barang berharga..gelang tangan dia..buku2 bank,Tabung Haji..Duit adalah jugak dalam 2k ke 3k atau lebih..pendek kata kalau lah beg tu di ambil orang..mahu lah jugak aku bermasam muka laki bini ..dan kena soal jawab panjang lah jugak cerita nya..
  Menung panjang aku selepas itu..sampai ke hari ini peristiwa tersebut tidak dapat di lupakan..dan aku tidak beritahu pada isteriku..
 Dapat tak apa hikmah di sebalik cerita ini..Aku percaya dengan hukum karma..hukum tuhan yang akan di balas di atas dunia ini jugak..pengajaran nya..kalau kita ikhlas..kita tak pernah ambik barang orang,tak pernah curi barang orang,seingat2 tak pernah menipu orang..Tuhan tidak akan membenarkan orang curi barang2 berharga yang kita ada..insyaAllah..Allah maha adil....Ya Allah Wahai Tuhan yang maha berkuasa,Ampuni lah dosa2 kami,dosa ke dua ibubapa kami,dosa anak2 isteri kami,adek beradek kami,saudara mara kami,sahabat sahabat kami dan umat Islam seluruh nya..amin.

Monday, October 7, 2013

Cantik..lagi lawar bila bertudung.


Entri dibawah ditulis oleh Amir Said, seorang blogger makanan terkemuka menerusi blognya, Oh Malaysia. Layari Oh Malaysia hari ini untuk mendapatkan resepi-resepi makanan yang super duper lazat. Jika anda berminat untuk menjadi penulis jemputan BeautifulNara, sila emailkan kepada borakartis@gmail.com.
Jika kita lihat, semakin ramai artis wanita di Malaysia yang mula bertudung. Antaranya ialah Irma Hasmie, Liza Hanim, Catriona Ross, Farah AF, Nora dan ramai lagi. Alhamdulillah, perubahan mereka ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada wanita-wanita di luar sana untuk turut bertudung.
Artis wanita yang bertudung sememangnya nampak lebih cantik dan ayu. Kalau tak percaya boleh lihat gambar 10 artis wanita bila mereka mengenakan tudung yang lengkap.
1. Fazura
10 artis cantik bertudung
2. Tiz Zaqyah
10 artis cantik bertudung
3. Fouziah Gous
10 artis cantik bertudung
4. Erra Fazira
10 artis cantik bertudung
5. Neelofa
10 artis cantik bertudung
Baca entri ini sepenuhnya untuk mengetahui 5 lagi artis wanita cantik apabila bertudung.
6. Nora Danish
10 artis cantik bertudung
7. Lisa Surihani
10 artis cantik bertudung
8. Maya Karin
10 artis cantik bertudung
9. Fasha Sandha
10 artis cantik bertudung
10. Dato’ Siti Nurhaliza
10 artis cantik bertudung
Semoga satu hari nanti akan terbuka pintu hati mereka untuk terus bertudung, InsyaAllah. Yang penting niat kena ikhlas, bukan bertudung kerana ikut trend ataupun sekadar nak dapatkan perhatian media sahaja. Sama-sama kita doakan.
Entri ini ditulis oleh Amir Said, food blogger di Oh Malaysia – blog resepi masakan dan review tempat-tempat makan menarik di Malaysia dan Australia.

Bahana Ikan Patin..


Patin liar Sungai Semantan

oleh ABDUL JALIL ALI
10/13/2011 8:10:40 AM
Selalu saya diingatkan oleh kawan-kawan yang biasa dengan ikan patin. Kata mereka, sekiranya masuk mana-mana restoran, atau gerai – baik di negeri Pahang, lebih-lebih lagi di KL – yang menghidangkan ikan sungai itu, jangan terus ambil dan makan. Tanya dulu harganya.


waaw..sedap nya..masakan ikan patin..gambar  hiasan

Tanpa bertanyakan harga, anda akan sesak nafas atau terbeliak hingga terkancing gigi, malah mungkin pengsan apabila bil datang sebaik anda selesai makan. Sebab anda mungkin terpaksa membayar RM40 atau RM50 hanya untuk seketul ikan patin sebesar dua jari.
Tentu semua masih ingat perihal sekumpulan pelanggan yang dikenakan bayaran RM13,000 bagi hidangan ikan patin ketika makan tengah hari di sebuah restoran di bandar Temerloh, tidak lama dulu.
Saya berada di Temerloh, Bandar Ikan Patin, hujung minggu lalu untuk menyertai Pesta Patin selama tiga hari anjuran akhbar Sinar Harian. Banyak yang saya ketahui mengenai ikan tersebut daripada seorang anak tempatan yang mendakwa pakar patin. Beliau ialah anggota Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.
Ikan tanpa sisik berdaging lembut itu sejak lebih sedekad lalu menjadi ‘trade mark’ bandar tersebut di bawah Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Ada 120 pengusaha ikan patin sangkar sekarang, atau kira-kira 1,200 sangkar ikan patin di bandar tersebut. Selain pengusaha patin sangkar ada kira-kira 200 nelayan sungai yang juga menangkap patin.
Ada sebab patin, sama ada mentah atau yang telah dimasak gulai tempoyak, mahal harganya. Permintaan lebih dari penawaran. Pengusaha sangkar juga nelayan sungai hanya berupaya mengeluarkan kira-kira 50 metrik tan patin setahun, sedangkan permintaan melebihi 100 metrik tan.
Di bandar Temerloh sahaja ada 50 restoran menghidangkan ikan patin. Di medan selera Lembah Semantan – betul-betul menghadap Sungai Semantan – ada dua tiga gerai patin yang setiap tengah hari pelanggan berbaris untuk mendapatkan tempat duduk.
Lain patin, lain rasanya, lain juga harganya, demikian saya diberitahu. Patin sangkar harganya RM15 per kilo, sedangkan patin liar antara RM50 hingga RM70 per kilo. Paling mahal ialah patin muncung liar yang harganya boleh mencecah hingga RM150 per kilo. Maka berdoalah supaya isteri tidak mengidam patin muncung liar, sebab spesies ini bukan sahaja mahal tetapi susah mendapatnya. Nelayan sungai pun jarang mendapat si muncung yang lazatnya dikatakan hingga menjilat jari.


..kalu kat bahagian kepala ni lagi lah lemak..gambar hiasan

Sebagai anak tempatan jati, YB berkenaan tahu banyak rahsia patin. Konon, patin Temerloh lain rasanya dengan patin Jerantut. Patin Sungai Tembeling berbeza dengan patin Sungai Semantan. Patin buah lain rasanya dengan patin muncung.
Di KL sekarang ada beberapa restoran yang menghidangkan ikan patin sebagai menu utama. Kerap juga saya diajak makan di restoran-restoran tersebut yang senarai harganya memang boleh mengempiskan saku.
Ada ikan patin sangkar, patin liar, patin buah, patin muncung yang ditawarkan pada harga berbeza. Masalahnya ialah saya – dan mungkin ramai lagi pelanggan – tidak dapat membezakan rasa patin sangkar dengan patin liar. Maka ada kemungkinan kita membayar harga patin liar untuk hidangan patin sangkar.
Sebab itu kalau hendak makan patin ada baiknya bawa bersama orang Pahang yang betul-betul mahir patin. Saya hanya mahir nasi kandar kari kepala ikan bawal. Kalau dibungkus makan di rumah pun saya boleh tahu sama ada itu nasi kandar Jalan Tunku Abdul Rahman atau yang dibeli di tempat lain.
Saya kena ajak YB Temerloh itu makan di restoran ikan sungai sekurang-kurangnya seminggu sekali selama setahun supaya betul-betul dapat membezakan rasa patin sangkar dengan patin liar.
Selain patin liar yang lazat, air Sungai Semantan juga ada khasiat tersendiri. Konon, orang luar yang meneguk air sungai tersebut – sama ada sengaja atau terminum – biasanya akan selalu berulang ke Temerloh. Ramai orang KL yang minum air sungai itu kini menjadi warga tetap bandar tersebut.
Mula-mula beli tanah kecil, kemudian beli tanah lebih besar, buat rumah, akhirnya membentuk keluarga dan menetap sebagai orang Temerloh. Maka, sebelum pulang KL petang itu saya minum seteguk dua air Kuala Semantan.
Almaklumlah, berhajat juga saya untuk membeli sekeping tanah kecil di negeri terbesar di Semenanjung itu. Harap-harap sehari dua ini YB dapat mencarikan @ mencadangkan mana-mana tanah terbiar untuk saya beli!


p/s:- beli patin sangkar jer..tak sampai rm10 sekor..sendiri masak lomak,letak tempoyak lebih..chilli api lebih..pheeww berpeloooh..kena dgn nasi panas2..

MELIHAT MAYAT DIGUNUNG EVEREST



AHAD, 21 OGOS 2011


MELIHAT MAYAT DIGUNUNG EVEREST

"Mt. Everest memang gunung tertinggi di dunia dan menjadi impian semua pendaki gunung di dunia untuk berhasil ke puncak gunung tersebut."

"Untuk menaklukan gunung Everest mempertaruhkan modal tidak kurang dari US$ 25,000-60,000 atau Rp.20-55 juta. Bahkan bukan hanya uang, nyawa pun dijadikan taruhan"

Berikut foto-foto para 'Penentang' maut yang sampai sekarang masih berada di 'atas' sana :

GREEN BOOTS'
"Sudah sekitar 200 mayat sudah diberi 'sebutan' & dijadikan Landmark Mt. Everest"
"Kesempatan untuk hidup hanya tinggal 0.0000001%"
"Kematian biasanya terjadi saat pendaki ingin 'tidur sejenak' dan tidak pernah bangun lagi"
"Modal wang mungkin cukup, tapi nyawa belum tentu cukup modalnya"
"hampir semua pendaki mengatakan keadaan paling susah saat mendaki Mt. Everest adalah saat melewati 'kuburan' para pendaki"
"Karena cuaca yang sangat ekstrim, mayat yang sudah berumur 50 tahun pun masih terlihat 'baru' "
"Beku mendadak sangat mungkin terjadi di dekat puncak"
"Orang ini bernama George Mallory, meninggal pada tahun 1924"
"Kadang, pendaki bingung ketika bertemu dengan pendaki yang tenat. Tapi mereka tidak punya pilihan selain meninggalkannya mati membeku"
"2 pendaki menemukan seorang wanita yang tenat & meminta tolong "please..dont leave me...." tapi mereka terpaksa untuk meneruskan perjalanan dan meninggalkan wanita itu mati membeku. Mengingat jika menolong wanita tersebut sama saja mempertaruhkan nyawa sendiri"
AKHIRNYA MERAH PUTIH DI PUNCAK EVEREST

SUMBER:http://mediapublix.blogspot.com/

Kelebihan Kucing.

Inilah sebabnya, Rasulullah sukakan kucing by Abidin Rahim on Wednesday, October 12, 2011 at 11:35am · oleh KeMa RaHim pada pada 02hb Oktober 2011 pukul 8.05 ptg Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. Hasil yang didapatkan adalah: 1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang. 2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut. 3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman. 4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan. 5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam. Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan. Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah ! Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah). Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme. Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing. Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini: Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.” Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Sudah lama...

Ini adalah foto semasa menghadiri majlis sambut menantu di rumah seorang sahabat saya di sebuah kampong di daerah Bera,Temerloh Kuantan Pahang...kalau tak silap hari Ahad 3/6/12..best makan nasi bergulai kawah daging kerbau,sayur lemak umbut kelapa sawit,ayam masak merah..tapi sayang masak tempoyak ikan patin cuma dapat rasa kuah nya jer..lewat sikit datang dah habis...seronok jugak..berkawan sejak anak kecik2 belaka sehingga sekarang anak dah besar2,dah kawin...anak2 sahabat rasa nya macam anak kita jugak..budak2 tu pun pandai menghormati orang tua..semoga hubungan silaturahim akan bertambah erat sampai bila bila.ok cukup dulu untuk kali ini...

Ayah dan Ibu.

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat. » Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu. » Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang. » Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai. » Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”. » Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”. Tetapi ? » Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”. » Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”. » Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki. » Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena. » Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal. » Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. Fikir2lah :)

SEJARAH MELAYU

~TAK MELAYU HILANG DI DUNIA~ SEJARAH & ASAL USUL BANGSA MELAYU MELAYU merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi. Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu. Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja. Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung. Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera. Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang. Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, di Indonesia moden, orang Melayu ditakrifkan hanya sebagai salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia yang dilahirkan selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu, Iaitu: Penakrifan undang-undang Penakrifan antropologiPenakrifan undang-undang Di Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai: Seorang yang beragama Islam Bertutur bahasa Melayu Mengamalkan adat istiadat Melayu Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Penakfifan ini tidak sesuai untuk takrifan kaum Cina yang berbeza pertuturannya sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang sama dikalangan suku kaum-suku kaum yang berlainan. Penakrifan antropologi Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid. Asal usul bangsa MelayuAsal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu: Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan) Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh. Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut: Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia,[15] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya. Orang Negrito Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. Melayu Proto Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang. Melayu Deutro Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar. Teori Nusantara Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah: Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan". Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

KR1M : Memang Sah Untuk Rakyat Malaysia, Nak Kaji Apa Lagi Pak Menteri?


Apa lagi nak kaji? Apa lagi nak cadang? Teruskan sahaja KR1M hanya untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Menteri yang berkenaan, tolong bertegas sepertimana tegasnya DS Zahid Hamidi dalam menangani masalah berkaitan keselamatan dalam negara. Tak perlu menjaga perasaan orang yang tidak berkenaan lagi. Apa yang penting, jaga rakyat sendiri. Rakyat inilah yang menaikkan kerajaan dengan memilih calon-calon mereka ketika PRU, bukannya pendatang asing.
Duit cukai yang dikutip oleh kerajaan sememangnya harus digunakan untuk kebaikan rakyat sendiri. Bukan untuk turut menampung warga asing walaupun rakyat sendiri masih ramai yang tergolong dalam golongan miskin tegar.
Pendatang asing, mereka boleh pergi ke mana-mana pasaraya ataupun kedai-kedai bukan KR1M. Lagipun pendatang asing di Malaysia ini pun sudah ramai yang berniaga sendiri, buka kedai makan, buka kedai runcit. Malahan ada yang buka kedai telefon juga.
Penulis sendiri biasa melihat situasi ini. Bermula dengan memacakkan sekaki payung besar dan sebuah meja kayu di bawah pokok, bertambah besar dengan tambahan kerusi meja  dan akhirnya pendatang asing ini berjaya membuatkan sebuah restoran milik bumiputera berhampirannya gulung tikar.
Mana tidaknya, berniaga daripada pagi hingga ke malam, sewa kedai tidak perlu dibayar, dan yang datang makan adalah pendatang asing senegara dengannya. Membeli barangan basah juga mereka memperolehi harga murah kerana kebanyakan peniaga di pasar menggunakan khidmat pendatang asing sebagai pekerja. Mereka ini saling bantu membantu untuk menaikkan taraf kehidupan mereka di negara kita ini.
Penulis bukanlah berdendam dengan golongan pendatang ini, tetapi penulis rasa terkilan sekiranya mereka ini dibiarkan menikmati kemudahan yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat Malaysia sendiri. Jika kita berada di dalam situasi mereka dan di negara mereka, adakah kita beroleh peluang seperti yang mereka perolehi di sini?
KR1M, Kedai Rakyat Satu Malaysia, hanya untuk rakyat Malaysia. Setuju atau tidak, KR1M memang hanya untuk rakyat Malaysia.

oleh Wan Kuntum

Sunday, October 6, 2013

kueh ....CIK MEK MOLEK

ini lah dia rupa nya kueh cik mek molek...saya suka

    Asalamualaikum..selamat bertemu di entry saya yang seterus nya..untuk pra the begining of my blog..cewaah speking london..saya ni peminat makan..eh orang lain pun kalu pasal makan tok sah citer lah ..mesti minat jugak...hahaha,ok saya sikit atas laahh..ok kita citer pasal kueh kegemaran yang ringkas dan cuuuuukup senang di  sediakan..ada ubi stela...hah stela..?tu lah ubi keledek..empat lima tonggkol(betul ke penjodoh bilangan)...betul lah tu..di rebus... tentu lah hingga masak,lenyek sampai hancur tak berketul..campur kan tepung gandum..kira 50/50 lah..nisbah nya,secubit garam,dan di uli,uli sampai kurang melekat..pastu di bulat bulat agak lah sebesar mana kueh kita tu nak di buat..di leper kan se hingga bolih di letak sesudu gula ,kemudian di bentuk saperti dalam gambar...panaskan kuali ,goreng dengan api sederhana kuat..api tidak terlalu kuat mengelakan kueh cepat hangus di luar dalam belum masak..begitu lah seterus nya di goreng hingga habis...oooOooo..nama kueh ni semua orang tahu..tidak lain dan tidak bukan si cik mek molek...anak anak saya cukup suka makan kueh ni..lebih lebih pulak jadi hidangan pada bulan puasa..banyak terjual di bazar ramadhan...ok itu lah saja untuk kali ini...jumpa lagi...

PISANG..apa yang anda tahu tentang pisang..?

Pisang Montel
  
  Pisang begitu mudah di perolehi.Mengapa kita tidak lebih kerap memakannya,lebih-lebih lagi setelah mengetahui khasiatnya.!! Sebenarnya semua pisang yang bolih dimakan berkhasiat.!! Tambah elok jika dimakan segar tanpa dimasak ,di goreng atau di buat pengat.Bagaimana pun pisang raja,pisang emas, pisang embun,pisang rastali,pisang nangka,pisang berangan,pisang susu,pisang awak serta pisang abu menjadi kegemaran ramai.

1. ANEMIA
 Anemia secara umumnya bermakna,zat besi."Kurang darah"merupakan istilah awam untuk menyebut kondisi akibat rendahnya hemoglobin (Hb) darah ini.Gejalanya: wajah pucat,lemah-letih-lesu-lelah,mudah pengsan.Zat besi merupakan bahan penting untuk membentuk hemoglobin(butir-butir darah merah) Kadar Hb normal lelaki,14-18,wanita 12-14 . Pisang merupakan buah paling kaya dengan zat besi sekali gus mudah di serap tubuh   yang berfungsi untuk membantu mengatasi anemia.Kandungan zat besinya mampu merangsang produksi hemoglobin darah.

2. DAYA INGATAN 
 Penelitian telah di lakukan terhadap 200 pelajar di negara barat untuk melakukan ujian daya ingatan.Mereka di beri pisang di pagi dan tengah hari ketika waktu rehat.Hasilnya,pelajar yang dalam penelitian ini lebih mudah menyelesaikan soalan-soalan ujian berbanding pelajar-pelajar lain.Pisang yang kaya dengan kalsium ini juga mampu membina ingatan yang lebih baik.

3. TEKANAN DAN RASA TEGANG
  Percayakah anda sebaik sahaja memakan pisang.stress akan hilang serta merta !! Pisang kaya dengan asid amino triptofan,yang berada didalam tubuh akan berubah menjadi serotonin,iaitu zat yang dapat memperbaiki keadaan mood,membuat kita releks dan berasa lebih tenang.Kandungan vitamin B dalam pisang  juga membantu mengawal sistem saraf.Ketika kita stress,metabolisma tubuh kita meningkat sehingga menjejaskan kadar kalium.Salah satu akibatnya,detik jantung menjadi tidak teratur.Dengan memakan pisang yang kaya kandungan kalium ini akan mengembalikan keadaan jantung secara normal,melancarkan perjalanan oksigen ke otak dan membantu keseimbangan cecair dalam tubuh.

Pisang senang di dapati..

4. DARAH TINGGI
  Pisang telah terbukti kaya dengan kalium dan sangat rendah kandungan natrium nya yang mengawal tekanan darah tinggi dan strok.Salah satu terbitan The New England Journal of Medicine memaklumkan bahawa hasil penelitian yang di buat mendapati amalan pemakanan pisang dalam menu harian dapat mengatasi risiko maut akibat strok sehingga 40 peratus.


5.  DIET TIDAK SEIMBANG
  Dalam satu hasil penelitian terhadap mereka yang mengalami diet tidak seimbang di hospital Australia,di nyatakan sebahagian besar nya akibat terlalu padat dengan jadual kerja.Keadaan ini membuatkan mereka menghiburkan diri dengan pengambilan makanan segera atau makanan ringan saperti coklat atau pelbagai snek ringan.Sebenarnya,dalam situasi ini mereka sebenarnya dapat mengatasi kesebukan bekerja dengan amalan pemakanan yang sihat serta mengawal kadar dan kesetabilan gula dalam badan.Caranya,makan lah pisang setiap dua jam.

Pisang emas

6.  SAKIT PERUT
  Ketika anda sakit perut,cuba makan pisang.Kandungan asid semula jadinya membantu mengurangkan  pengeluaran asid di dalam perut ,meredakan kesakitan dan mengurangkan gejala penyakit didalam perut.

7.  SINDROM DEBARAN
  Lupakan ubat-ubatan anti debaran.Makanlah pisang.Kandungan vitamin B6-nya merangsang kesetabilan gula dalam darah,justeru itu memberikan suasana diri atau hati yang lebih tenang dan selesa..


p/s: pisang buah yang mudah didapati dan mampu di beli...