Monday, October 7, 2013

KR1M : Memang Sah Untuk Rakyat Malaysia, Nak Kaji Apa Lagi Pak Menteri?


Apa lagi nak kaji? Apa lagi nak cadang? Teruskan sahaja KR1M hanya untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Menteri yang berkenaan, tolong bertegas sepertimana tegasnya DS Zahid Hamidi dalam menangani masalah berkaitan keselamatan dalam negara. Tak perlu menjaga perasaan orang yang tidak berkenaan lagi. Apa yang penting, jaga rakyat sendiri. Rakyat inilah yang menaikkan kerajaan dengan memilih calon-calon mereka ketika PRU, bukannya pendatang asing.
Duit cukai yang dikutip oleh kerajaan sememangnya harus digunakan untuk kebaikan rakyat sendiri. Bukan untuk turut menampung warga asing walaupun rakyat sendiri masih ramai yang tergolong dalam golongan miskin tegar.
Pendatang asing, mereka boleh pergi ke mana-mana pasaraya ataupun kedai-kedai bukan KR1M. Lagipun pendatang asing di Malaysia ini pun sudah ramai yang berniaga sendiri, buka kedai makan, buka kedai runcit. Malahan ada yang buka kedai telefon juga.
Penulis sendiri biasa melihat situasi ini. Bermula dengan memacakkan sekaki payung besar dan sebuah meja kayu di bawah pokok, bertambah besar dengan tambahan kerusi meja  dan akhirnya pendatang asing ini berjaya membuatkan sebuah restoran milik bumiputera berhampirannya gulung tikar.
Mana tidaknya, berniaga daripada pagi hingga ke malam, sewa kedai tidak perlu dibayar, dan yang datang makan adalah pendatang asing senegara dengannya. Membeli barangan basah juga mereka memperolehi harga murah kerana kebanyakan peniaga di pasar menggunakan khidmat pendatang asing sebagai pekerja. Mereka ini saling bantu membantu untuk menaikkan taraf kehidupan mereka di negara kita ini.
Penulis bukanlah berdendam dengan golongan pendatang ini, tetapi penulis rasa terkilan sekiranya mereka ini dibiarkan menikmati kemudahan yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat Malaysia sendiri. Jika kita berada di dalam situasi mereka dan di negara mereka, adakah kita beroleh peluang seperti yang mereka perolehi di sini?
KR1M, Kedai Rakyat Satu Malaysia, hanya untuk rakyat Malaysia. Setuju atau tidak, KR1M memang hanya untuk rakyat Malaysia.

oleh Wan Kuntum

No comments:

Post a Comment