Thursday, September 29, 2011

Bolehkah mereka bersikap 'adil?

Dalam keghairahan mahu melaksanakan hudud, kita tidak bersedia. Dan yang paling malang, kalau kita melakukan kesilapan yang boleh memalukan Islam. Contohnya dalam satu kes seorang gadis di Iran bernama Atefah yang menjadi mangsa rakusan pemandu teksi yang merakusi dan merogolnya. Atefah dikenakan pertuduhan melakukan zina walaupun dia mengadu sebenarnya dirogol. Setelah perbicaraan, Atefah dikenakan hukuman mati ditali gantung, sedangkan sang lelaki hanya dikenakan sebatan. Setelah hukuman dilaksanakan, barulah didapati Atefah baru berusia 16 tahun. Kalau di Malaysia, bawah umur 16 tahun hanya dihukum berkelakuan baik dan mungkin dihantar ke pusat pemulihan. Tetapi nasi sudah menjadi bubor. Atefah telahpun mati digantung!

Masalahnya ialah penafsiran zina yang teman percaya tidak tepat. Di Pakistan contohnya, seorang wanita yang mengadu dirogol diwajibkan membawa empat orang saksi "lelaki suci" yang melihat sendiri dia dirogol!!! Wanita yang gagal membawa 4 saksi ini akan dihukum cambuk. Akhirnya di Pakistan, banyak berlaku kes rogol yang tidak dilapur. Ramai wanita Islam yang merana di bawah "bayangan qazaf"! Yang malangnya mereka menamakan ini sebagai "Undang-Undang Syariah". Adakah benar itu undang-undang syariah, yang tidak membawa keadilan dan perlindungan kepada wanita, sedangkan Islam sangat memuliakan wanita!

Dan teman juga bertanya kepada diri sendiri, adakah mampu kita bersikap saksama dan adil. Contohnya dalam kes Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dirogol oleh Anwar Ibrahim. Belum pun mendengar penjelasan atau menanti perbicaraan, ada segelintir daripada kita terus menjatuhkan pelbagai macam hukuman kepada Saiful. Bukan sahaja ada yang hukum dia dengan qazaf, ada yang mengadakan solat hajat mintak la'nat kepada Saiful. Dan inilah kaum yang konon nak laksanakan hudud? Bolehkah mereka bersikap 'adil?

Begitu juga bila Datuk Eskay, rakan baik Anwar Ibrahim mendedahkan satu videoklip untuk menunjukkan manusia yang diidolakan oleh kaum ini. Belumpun tengok videoklip itu, mereka terus menghukum dan mela'nat Datuk Eskay; ada yang siap mempatwakan Datuk Eskay masuk neraka (macam syurga tu bapak dia punya). Sedangkan Datuk Eskay langsung tidak menuduh Anwar berzina; jelas beliau menyatakan bahawa videoklip itu didedahkan untuk membuktikan Anwar yang mereka "sembah" itu sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin!

Jadi timbul keraguan kepada teman, adakah kaum ini mampu berlaku 'adil dalam nak melaksanakan hukum ALLAH. Mereka tidak berlaku adil kepada diri, agama, dan bangsa mereka sendiri. Mereka menjual kalimah ALLAH kepada kristian. Mereka gadai anakbini mereka dengan baiah talaq tiga. Mereka idolakan komunis. Mereka menjulang penganut syiah yang mereka sendiri fatwakan sebagai sesat. Mereka agongkan penganut fahaman pluralisma yang sudah difatwakan sebagai sesat dan boleh murtad.

Jadi adakah kaum ini mampu melaksanakan undang-undang ALLAH ini dengan adil dan saksama. Wallahua'lam.

Teman tidak menentang perlaksanaan hudud, qisas dan ta'zir. Malah teman antara Ahli Parlimen yang cukup konsisten dalam isu ini. Dan teman telah memfailkan Usul-Usul di Parlimen untuk memperkasa dan menobatkan Islam (usul yang sama pernah teman kemukakan beberapa kali termsuk semasa bersekongkol dengan kaum ni) walaupun mereka sendiri tidak berani mengemukakan usul yang sama kerana takutkan parti cauvinis biaDAP. Namun teman khuatir dengan keghairahan puak-puak tertentu, dan kegopohan mereka serta kegiatan politiking yang melampau, akhirnya yang akan mendapat malu ialah agama Islam itu sendiri. Agama Islam itu sempurna, yang cacat ialah pengikutnya. Wallahua'lam.

Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri.

Jazakallah & Wassalam.

Zulkifli bin Noordin
Rabu
30 Syawal 1432
28 Sept 2011

Wednesday, September 28, 2011

Syawal dah habis...

  Asaalamualaikum..lama benor amber tak menaip..tah.. dulu  tengok orang ada blog ,kita pun nak berblog..dah ada blog sekarang seada nya ni malas malas pulak nak menulis..tapi bolih jadi penyebab nya ada lah faktor masa..kurang ada masa untuk menaip..banyak kerja lain yang nak di bereskan..Ni pun tak ada apa yang mustahak sangat cuma nak up date entry yang dah lama tak di sentuh..Pasal Shawal yang dah nak habis..lepas lepas Raya baru baru ni banyak lah jugak menghadiri rumah2 terbuka anjuran kawan2 serta ahli politik dan komoniti setempat..sehingga kan puasa enam hari masuk hari ke 27 shawal baru habis di beres kan..asik makan aje,walau bagaimana pun bersyukur lah kita kehadrat Allah ..kerana kita di lahirkan di sini..M`sia sebuah negara yang banyak rezeki..Alhamdulillah..Tak lama lagi kita akan menyambut  atau meraikan hari Raya Haji pulak..yang berlebihan tu berKorban  lah..inshaAllah makan lagi lah kita..di bawah ada gambar2 sekadar hiasan makan2 yang sempat di rakam...











Gambar sebagai hiasan..kepunyaan peribadi tuan tanah kedawoon..



Sunday, September 18, 2011

Tolong sikit..


Kepada teman blogger yang sudi singgah,tolong komen sikit apa salah benda allah ni,bukan salah dia ..aku yang tak reti..hehehee..puas dah aku cuba namun tak jugak nak menjadi..please terang sikit apa kebenda silap nya..macam kat atas tu lah..tak faham aku apa maksud dia..

Saturday, September 17, 2011

..Padam muka..

Lelaki bepura pura ingin membeli penyedut minuman kena pukul dengan penyapu...berlaku di Terengganu.
Sinar 17 sept..
.p/s: padam muka penyamun.,kena buku dengan ruas.

Friday, September 16, 2011

HARI KEBANGSAAN..


Tahun 2011 mecatat sejarah di mana hari kebangsaan tidak di sambut pada 31 August saperti ditahun tahun sebelum nya..
Tarikh 31 august jatuh pada hari raya ke2 umat Islam menyambut Hari Raya Idil Fitri..maka dengan sebulat suara rakyat Malaysia bersetuju, ada jugak yang tak setuju..jugak yang tak tahu..mahu pun tak ambil tahu..Hari Kebangsaan tahun 2011 yang ke 54 di sambut pada 16 september 2011..sempena pembentukan hari Malaysia ke 48 bagi Sabah dan Sarawak
MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA...
dengan tema
1 Malaysia :  Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera.

Monday, September 12, 2011

Sekarang ni jarang jarang jumpa..


Bulan puasa baru2 ni rasa sangat nak makan kueh ni..nama nya KHASIDAH/HASIDAH pun yer jugak..cari punya cari tak jumpa kat semua bazaar ,tanya sesetengah peniaga yang muda pun tak tahu macamana rupa kueh tu...ni lah dia resepi nya..orang tua dulu nak makan kueh buat jer sendiri..sedap ni...tengok lah kot kot rajin esok lusa nak gak cuba buat..



Hasidah Tengku Ampuan Afzan




Hasidah Tengku Ampuan Afzan
Bahan-bahan
  • 40 biji telur – diambil kuning sahaja
  • 300g tepung gandum
  • 1kg gula halus
  • 5 cawan santan
  • 1 cawan minyak sapi
  • 3 helai daun pandan – disimpul
  • 150g bawang merah – dimayang halus
  • 1½ cawan minyak sapi untuk menggoreng
Cara memasak

  • Kacau tepung gandum, gula dan santan sehingga sebati dan tidak bergentel.
  • Asingkan telur putih dari kuning dan tapiskan telur kuning untuk mengeluarkan pusat putih telur. Campurkan kuning telur ke dalam adunan santan.
  • Masukkan daun pandan dan masak adunan di atas api kecil.
  • Kacau adunan di atas api kecil dan apabila menjadi pekat atau likat masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit. Angkat dari api dan keluarkan daun pandan, kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan dan bentukkannya.
  • Dengan menggunakan minyak sapi, goreng bawang merah sehingga garing. Taburkannya ke atas hasidah tersebut.

    Ni satu lagi resepi kuah laksa yang di masak saperti kuah gulai khas dan di makan dengan laksa beras atau gandum..mengenyangkan..cuba lah


    Resipi Dari Istana

    Laksa Pahang

    Laksa Pahang
    Bahan-bahan

    • 500g ikan tenggiri
    • 50g ikan tenggiri jeruk (masin)
    • 250g bawang merah
    • 80g bawang putih
    • 40g halia
    • 100g lada kering
    • 4 batang serai
    • 2 sudu makan biji ketumbar
    • ½ sudu makan jintan putih
    • ½ sudu makan jintan manis
    • 100g kelapa parut – dibuat kerisik
    • 3-4 cawan santan pekat
    • 1 cawan air rebusan ikan
    • Laksa beras atau laksa gandum
    Untuk hiasan
    • Kacang panjang
    • Daun kesum
    • Daun selasih
    • Timun – diparut halus
    • Tauge – dibuang ekor tetapi tidak dicelur
    • Bawang besar – dibelah dua dan dihiris nipis
    • Limau kasturi – dibelah dua dan dibuang biji
    • Telur masin – direbus, dibuang kulit dan dibelah empat
    • Sebuku belacan – dibakar sedikit
    • Lada kering – dilembutkan dan dikisar halus
    • Garam
    Cara memasak
    • Ketumbar, jintan putih dan jintan manis digoreng berasingan tanpa minyak sehingga naik bau.
    • Kisar kerisik, bahan-bahan yang digoreng tanpa minyak dan rempah-rempah bersama 1½ cawan santan.
    • Ikan-ikan yang direbus dibuang kulit dan tulangnya. Kisar isi ikan bersama setengah cawan santan.
    • Masak kesemua bahan yang dikisar awal tadi bersama santan yang berlebihan dan air rebusan ikan. Masukkan ikan-ikan yang baru dikisar dan kacau. Reneh di atas api kecil sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
    • Laksa dihidang dengan ulam-ulam dan sambal bersama kuah.

      p/s;kalu rajin bolih cuba buat..nak makan sendiri...

Tuesday, September 6, 2011

Ada jugak betul nya..

  

Mengapa pula yang disuruh adalah golongan marhein yang hanya boleh berbangga dengan sikap serta prinsip anggota-anggota polis yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir bagi membolehkan Hishamuddin menjadi Menteri sehingga sekarang? Keluarga yang meratapi kematian anggota-anggota polis akibat kekejaman komunis yang dibantu oleh Mat Indera yang menjadi salah seorang daripada penyerang balai polis tersebut, bukannya berduit untuk mengupah peguam, malah mereka bukannya ada kepentingan politik pun!

Lainlah kalau salah seorang daripada anak cucu anggota-anggota polis tersebut sedang menjawat jawatan Menteri, Timbalan Menteri atau orang kuat UMNO. Takkanlah orang politik yang berkepentingan seperti Hishamuddin mengharapkan golongan marhein Bukit Kepong buat kerja dan hasil kerja tersebut dinikmati oleh UMNO dan Hishamuddin sendiri?

Alasan kononnya Mat Sabu tidak mengancam negara sehingga tidak perlukan tindakan ISA yang diberikan oleh Hishamuddin sebenarnya menjelaskan betapa HISHAMUDDIN sebenarnya adalah PONDAN dan BACUL. Statusnya kebaculannya dan kelembikannya tidak pernah berubah walaupun dikhabarkan, terdapat banyak perancangan dibuat oleh para pegawainya agar dia naik menjadi Perdana Menteri selepas ini!!!

Barangkali kerana dia BANGGA SEBAGAI CUCU ONN JAAFAR, maka Hishamuddin sebenarnya tidak pernah berasa sebarang kesusahan yang diakibatkan oleh onar para pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak henti-henti berusaha agar rakyat sentiasa bergaduh sesama sendiri, walaupun yang digaduhkan itu, hanyalah isu politik bahlol. Barangkali keresahan rakyat itu dan ancaman agar huru-hara tercetus di kalangan rakyat, bukanlah isu keselamatan bagi Hishamuddin Hussein Onn!!!

Sumber: The Flying Kick!

Saturday, September 3, 2011

Rasa nya betul jugak....








Kikis Semua Apa Saja Yang Ada Kemelayuannya... Kita Akan kelihatan Lebih Maju Da
Posted on Friday, September 02 @ 12:43:47 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

ArtikelOleh Sanusi

Melayu Tolak Umno CelakaSelepas menulis sedikit coretan tentang kemiskinan Orang melayu Islam di kawasan Parlimen Pekan, Pahang...saya bersiap untuk menulis tentang perubahan nama Puduraya kepada Pudu Central...diumumkan oleh PM...dan kebetulan keluar di akhbar pada hari yang sama. tetapi saya menangguh sekejap untuk mencari maklumat tambahan...baru sedap tembak. Akhirnya terlewat dan terlupa sehingga terbaca tulisan Sayuti Omar di Kedahlanie.... Hah! Terkuranglah sedikit tugas saya...saya petik tulisan beliau untuk renungan kita semua...
  


Sikit Punya Hal Tetapi Besar Kesannya

Ya Khoffi: DI berita tv malam semalam saya menyaksi Najib Razak telah melawat hentian Puduraya dan telah menukar nama hentian itu kepada nama baru Pudu Central. Menurut Najib nama itu dicadang oleh salah seorang rakan twiternya yang tweet kepadanya agar nama hentikan itu ditukar kepada nama baru.

Beliau tidak menyebut siapa dan bangsa apa rakan twiter yang tweet kepadanya itu. Saya percaya orang yang mencadangkan nama itu bukan seorang Melayu tulen yang kuat semangat dan seorang yang mementingkan sejarah.

Kalau dia seorang Melayu tulen sudah pasti dia akan mempertahankan nama lama yang lebih sesuai dan tepat dengan negara ini yang dihebuhkan sebagai negara berketunaan Melayu. Puduraya menunjukkan Pudu (hentian) yang besar dan lengkap. Nama Puduraya itu lebih lagi sesuai dengan kecanggihan dan kelengkapan yang disediakan setelah diubahsuai.

Kata Najib dalam mengulas kehebatan Puduraya itu ianya seperti sebuah lapangan terbang. Nah, makin sesuai sangat kalau nama Puduraya dikekalkan kerana orang Melayu khasnya boleh berbangga dengan nama itu. Kalau ditukar kepada Pudu Central ia tidak mempunyai apa-apa elemen keMelayuan lagi.

Najib sendiri juga tidak perlu bingkas sebegitu sekali kepada cadangan itu. Sebagai seorang pemimpin beliau sepatutnya peka dan peduli kepada elemen-elemen keMelayuan, sejarah, rupadiri dan juga memahami sentimen mengenai nama itu.

Lagi pun partinya adalah parti yang berjuang atas nama Melayu, kepentingan Melayu. Kalau perkara sekecil itu pun tidak dapat dipertahankan apalah hendak diharap kepada perkara yang lebih besar lagi.

Saya nak sebut dalam soal menjaga budaya, mempertahan budaya ataupun menyelitkan unsur-unsur budaya dan bahasa, orang Cina lebih peka berbanding dengan orang Melayu. Perhati saja kepada tulisan Cina dipapan-papan tanda. Walaupun sebesar mana tulisan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Cina tetap diselitkan di mana-mana sudut. Inilah kaum yang mementingkan kepada budaya dan citarasa mereka sendiri.

Terlanjur menyebut hal ini saya kagum dengan sikap Karpal Singh seorang sikh tetapi menghormati tulisan jawi. Dalam satu kad perniaga beliau yang diberikan kepada saya tercatat namanya dalam tulisan jawi. Apakah tindakan Karpal ini sebagai memerli orang Melayu atau memang dia merasakan tulisan jawi itu ada estitikanya tersendiri.

Berlainan dengan orang Melayu, nama yang sudah ada pun dicabut dan ditohok diganti dengan nama Inggeris yang menjadi kebanggaannya. Sebab itu saya katakan corak pentadbiran seseorang pemimpin ke atas negaranya bergantung atau dipengaruhi oleh latar belakang pendidikannya.

Kalau dia berpendidikan barat maka budaya baratlah yang dibawa dalam kehidupan dan gaya kepimpinannya. Kalau pendidikannya sekular maka sekularlah juga sistem yang digemarinya. Kalau dia berpendidikan budaya Arab Islam maka gaya dan corak itulah yang akan dilaksanakan. Pengaruh pendidikan dan ilmu besar sekali ke atas seseorang manusia.

Saya rasa Najib jangan sangat ghairah melakukan apa-apa tranformasi sehingga boleh mengikiskan budaya bangsa sendiri. Orang berkedudukan seperti beliau boleh melalukan apa saja kerana kuasa. Dan kalau beliau melakukan tidak ada siapa yang akan membantahnya, terutama orang Umno kerana mereka kebanyakannya berajakan kepada Najib. Siapa orang Umno yang berani membantah Najib?

Mungkin orang Umno akan mengatakan perkara itu remeh, apalah yang ada kepada nama. Tetapi kena ingat sesuatu yang besar itu bermula daripada perkara remeh. Bukan itu saja kalau perkara sekecil soal nama itu pun tidak boleh dipertahankan macam mana Najib dan Umno hendak mempertankan perkara-perkara lebih besar dari itu. Benarlah juga kata budak-budak Umno menjaul Melayu dan menjual negara.

Akhirnya selamat pagi kepada Najib bukan selamat hari raya di atas tindakan menukar nama Melayu kepada Inggeris itu. Titik tidak bernokhtah!

p/s;walau pun penyokong kerajaan,tak bererti semua nya kita nak sokong..


Kikis Semua Apa Saja Yang Ada Kemelayuannya... Kita Akan kelihatan Lebih Maju Dan Membangun???