Thursday, September 29, 2011

Bolehkah mereka bersikap 'adil?

Dalam keghairahan mahu melaksanakan hudud, kita tidak bersedia. Dan yang paling malang, kalau kita melakukan kesilapan yang boleh memalukan Islam. Contohnya dalam satu kes seorang gadis di Iran bernama Atefah yang menjadi mangsa rakusan pemandu teksi yang merakusi dan merogolnya. Atefah dikenakan pertuduhan melakukan zina walaupun dia mengadu sebenarnya dirogol. Setelah perbicaraan, Atefah dikenakan hukuman mati ditali gantung, sedangkan sang lelaki hanya dikenakan sebatan. Setelah hukuman dilaksanakan, barulah didapati Atefah baru berusia 16 tahun. Kalau di Malaysia, bawah umur 16 tahun hanya dihukum berkelakuan baik dan mungkin dihantar ke pusat pemulihan. Tetapi nasi sudah menjadi bubor. Atefah telahpun mati digantung!

Masalahnya ialah penafsiran zina yang teman percaya tidak tepat. Di Pakistan contohnya, seorang wanita yang mengadu dirogol diwajibkan membawa empat orang saksi "lelaki suci" yang melihat sendiri dia dirogol!!! Wanita yang gagal membawa 4 saksi ini akan dihukum cambuk. Akhirnya di Pakistan, banyak berlaku kes rogol yang tidak dilapur. Ramai wanita Islam yang merana di bawah "bayangan qazaf"! Yang malangnya mereka menamakan ini sebagai "Undang-Undang Syariah". Adakah benar itu undang-undang syariah, yang tidak membawa keadilan dan perlindungan kepada wanita, sedangkan Islam sangat memuliakan wanita!

Dan teman juga bertanya kepada diri sendiri, adakah mampu kita bersikap saksama dan adil. Contohnya dalam kes Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dirogol oleh Anwar Ibrahim. Belum pun mendengar penjelasan atau menanti perbicaraan, ada segelintir daripada kita terus menjatuhkan pelbagai macam hukuman kepada Saiful. Bukan sahaja ada yang hukum dia dengan qazaf, ada yang mengadakan solat hajat mintak la'nat kepada Saiful. Dan inilah kaum yang konon nak laksanakan hudud? Bolehkah mereka bersikap 'adil?

Begitu juga bila Datuk Eskay, rakan baik Anwar Ibrahim mendedahkan satu videoklip untuk menunjukkan manusia yang diidolakan oleh kaum ini. Belumpun tengok videoklip itu, mereka terus menghukum dan mela'nat Datuk Eskay; ada yang siap mempatwakan Datuk Eskay masuk neraka (macam syurga tu bapak dia punya). Sedangkan Datuk Eskay langsung tidak menuduh Anwar berzina; jelas beliau menyatakan bahawa videoklip itu didedahkan untuk membuktikan Anwar yang mereka "sembah" itu sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin!

Jadi timbul keraguan kepada teman, adakah kaum ini mampu berlaku 'adil dalam nak melaksanakan hukum ALLAH. Mereka tidak berlaku adil kepada diri, agama, dan bangsa mereka sendiri. Mereka menjual kalimah ALLAH kepada kristian. Mereka gadai anakbini mereka dengan baiah talaq tiga. Mereka idolakan komunis. Mereka menjulang penganut syiah yang mereka sendiri fatwakan sebagai sesat. Mereka agongkan penganut fahaman pluralisma yang sudah difatwakan sebagai sesat dan boleh murtad.

Jadi adakah kaum ini mampu melaksanakan undang-undang ALLAH ini dengan adil dan saksama. Wallahua'lam.

Teman tidak menentang perlaksanaan hudud, qisas dan ta'zir. Malah teman antara Ahli Parlimen yang cukup konsisten dalam isu ini. Dan teman telah memfailkan Usul-Usul di Parlimen untuk memperkasa dan menobatkan Islam (usul yang sama pernah teman kemukakan beberapa kali termsuk semasa bersekongkol dengan kaum ni) walaupun mereka sendiri tidak berani mengemukakan usul yang sama kerana takutkan parti cauvinis biaDAP. Namun teman khuatir dengan keghairahan puak-puak tertentu, dan kegopohan mereka serta kegiatan politiking yang melampau, akhirnya yang akan mendapat malu ialah agama Islam itu sendiri. Agama Islam itu sempurna, yang cacat ialah pengikutnya. Wallahua'lam.

Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri.

Jazakallah & Wassalam.

Zulkifli bin Noordin
Rabu
30 Syawal 1432
28 Sept 2011

No comments:

Post a Comment