Monday, October 24, 2011

Begitu banyak kebajikan untuk Rakyat.. Gaddafi dibunuh juga.. kenapa?

Oleh: AnakSgDerhaka


Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarkan Pejuang Revolusi negara itu.

Dengan sebegini banyak (senarai dibawah) kebajikkan untuk rakyatnya.. tapi beliau dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. kanapa?

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba anda lihat yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

p/s: kalu benar lah apa yang tercatat,bagi pehak rakyat dah tak ada masaalah,apa lagi yang mereka nak..mesti ada kepala atau pesaing yang menghasut..dan menjanjikan lebih lagi dari yang mereka dapat..hasad dengki di mana2..

Friday, October 14, 2011

Bayaran Bantuan Rakyat Melalui Kaunter Pos,BSN



KUALA LUMPUR – Bantuan rakyat sebanyak RM500 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dilakukan melalui kaunter Pos Malaysia dan bank yang dilantik termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN).
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui satu kenyataan media memberitahu, bantuan yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa Januari 2012.
“Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar,” kata kenyataan itu hari ini.
Justeru, kata kenyataan itu, orang ramai yang layak menerima bantuan itu diminta tidak mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran.
Ia kerana, urusan berkaitan pelaksanaan pemberian bantuan itu masih belum selesai dan pendaftaran secara percuma bagi pemohon yang layak hanya boleh dilakukan setelah borang dan sistem berkaitan siap disediakan,
Kenyataan itu menambah, bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon LHDN akan menyediakan perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. – mynewshub.my

Berita Berkaitan:

    Wednesday, October 12, 2011

    Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

    Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
    Semenjak Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan dalam pembentangan belanjawan 2012 yang lalu. Ramai sungguh kakitangan awam yang tercari² Jumlah Kenaikan Gaji Sebenar yang bakal diterima bagi setiap gred Perkhidmatan Kakitangan Kerajaan. Antara yang terkena tempias sistem SBPA nie, tak lain tak bukan .. unit aku sendiri.


    Mentang² la kita orang kerja dibahagian Unit Penjawatan. Asyik² dapat panggilan tanya pasal kenaikan gaji je. Aik .. banyak cantik. Korang ingat kitaorang jaga gaji ke ? Kalau tanya pasal kekosongan jawatan tu. Boleh la jawab sikit². Tapi kalau tanya pasal skim tangga gaji baru. Hehehe .. sorry la ye. Tak dapat den nak menolong..

    Selain tu yang aku tak tahan nak gelak. Wujud satu fatwa kiraan sendiri yang dibuat berdasarkan fakta kenaikan gaji RM80 hingga RM320 mengikut gred yang dibentangankan dalam belanjawan 2012 seperti yang tertera di bawah. Dari mana diorang dapat pun aku tak tau. Alih² dah tersebar dekat Internet.


    Tangga Gaji Baru Bajet 2012 yang diwar²kan oleh sesetengah pihak
    GRED 1-16 = RM80
    GRED 17-26 = RM120
    GRED 27-40 = RM160
    GRED 41-48 = RM220
    GRED 52-54 = RM260
    GRED JUSA A,B,C = RM320

    Memang pelik betul ! Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun belum lagi keluarkan apa² pekeliling. Dah ada pulak yang memandai² nak keluarkan kenyataan sendiri. Hehehe .. mungkin diorang dah tak sabar² nak dapat tangga gaji baru kot. Jadi dari buang masa percayakan rumours ni. Baik tunggu dulu apa² pekeliling ataupun surat arahan Perkhidmatan yang akan sampai di Jabatan masing².

    Selain tu, kalau korang baca teks ucapan Belanjawan 2012 tu semula. Korang akan perasaan ada beberapa elemen utama yang digariskan dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA. Antaranya;

    Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

    Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

    Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

    Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

    Kalau korang tengok balik item yang nombor 4 tu. Mungkin korang akan perasaan. Hanya kepada kakitangan awam yang menerima opsyen SBPA sahaja yang akan mendapat faedah Kenaikan Gaji ini. Jadi, saranan aku. Adalah lebih baik korang tak payah terburu² dulu nak semak tangga gaji baru. Belum tentu lagi semua penjawat awam akan mendapat 'durian runtuh'.

    Lagipun dari cakap² yang aku dengar. Ada banyak pro dan cons dalam opsyen SBPA ini. Jadi daripada korang sibuk² bertanyakan Kadar Jadual Gaji Sebaris SBPA ini. Adalah lebih baik korang semak dulu opsyen SBPA ni bila dah keluar nanti. Itu lebih baik !

    Anastasyea : Sabar la ekk ! Nanti keluar la tu Jadual Gaji Sebaris SBPA. Lepas tu .. koorang tenung la puas²
    Related Posts With “Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)”



    Sumber Rujukan: Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) | anastasyea.com

    Tuesday, October 11, 2011

    Tidak Perlu Lagi Buat Laporan Polis Jika Kehilangan Sijil, Lesen, Geran, Pasport Selepas Ini

    Rabu, 12 Oktober 2011


    Saya petik:
    [Bernama] Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

    Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lalu.

    Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lalu kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

    Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'.

    "Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

    "Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

    "Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM," katanya.

    Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

    Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.

    p/s :_ memang malas betul nak ke balai polis...

    Sunday, October 9, 2011

    Orang lama..Orang Baru,bergabung kan best..

    Sharifah Aini Mahu Buat Konsert Dengan Siti Nurhaliza

    Kak Pah Mahu Buat Konsert Dengan Siti Nurhaliza




    KUALA LUMPUR – Datuk Sharifah Aini, 58, tidak menafikan dia menaruh impian untuk mengadakan konsert bersama-sama dengan Datuk Siti Nurhaliza kerana yakin mampu menarik perhatian para peminatnya dan penyanyi nombor satu negara itu pada masa depan.
    Menurut Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah membayangkan perkara itu akan menjadi kenyataan pada tahun depan memandangkan dia kini sedang sibuk dengan persembahan-persembahan amalnya yang diadakan di sekitar Lembah Klang.
    “Saya memang ada impian untuk mengadakan konsert bersama Siti Nurhaliza. Buat masa ini saya belum berjumpa dengan Siti bagi menyuarakan hasrat saya itu kerana buat masa ini saya sibuk dengan persiapan Malam Amal Tiga Sahabat pada 17 Disember nanti.
    “Pada persembahan amal di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur bagi mengisi tabung kebajikan rumah anak-anak yatim dan sekolah-sekolah agama di Lembah Klang itu, saya turut menjemput dua penyanyi dari Indonesia iaitu Grace Simon dan Dewi Yull,” katanya di sini baru-baru ini.
    Jelas penyanyi yang merupakan ibu tunggal kepada Aliff Omar hasil perkahwinannya dengan bekas suami pertamanya, Ali Bakar itu, dia berharap hasratnya itu bukan sahaja dimakbulkan Allah tetapi meminta para peminat menyokong jika konsert tersebut dapat direalisasikannya.
    “Selain Siti, saya juga mempunyai rancangan untuk mengadakan konsert bersama-sama penyanyi Ning Baizura pada masa depan. Mungkin semua impian itu akan saya usahakan pada tahun depan kerana buat masa ini saya sibuk dengan banyak kerja-kerja amal,” ujarnya. – Mynewshub.my

    Saturday, October 8, 2011

    salah tanggapan ni..


    Cuba baca keratan FB di atas..apa pendapat korang pasal isu pencen sampai umur 60 nih..jangan ada yang tak tahu pulak ,kalu dulu kerajaan menetapkan umor persaraan ,kakitangan awam adalah 55 tahun,kemudian di lanjutkan 56 tahun,lanjut lagi 58 tahun dan dalam budget 2012 hari ini PM mengumum kan umur persaraan kakitangan awam di lanjutkan pulak pada umur 60 tahun..sebenar nya benda ni bukan lah cadangan pehak kerajaan 
    ia nya di buat atas permintaan kesatuan sekerja "CUEPEC"..memandang  serta mengambil kira kakitangan awam yang masih sehat sehingga umor persaraan 60 tahun..bagi yang tak sehat tak payah lah tandatangan borang 'opsion'yang akan di keluarkan,sebenar nya pilihan di tangan kita...ni ada yang marah marah pada Kerajaan,,begitu lah..begini lah..tengok lah contoh petikan dari FB di atas tu,macam kerajaan pulak yang memandai2..heran aku..kalu dah tak tahu baik diam..

    p/s:- budaya suka dengar cakap orang ni lah yang selalu mengharu biru kan keadaan..dah tak tahu ujung pangkal ..marah marah jer..grrrrr.

    Friday, October 7, 2011

    Part Orang Gomen ni...


    FOKUS KEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
    56. Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:
    Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
    Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;
    Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan
    Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
    57. Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
    58. Dunia yang semakin maju menyaksikan keterdepanan dalam teknologi dan sains perubatan. Hari ini, kita adalah sebuah negara yang secara relatifnya muda namun suka tidak suka, pada suatu masa nanti kita turut akan menghadapi fenomena biasa yang berlaku kepada mana-mana negara sedang meningkat maju dan maju. Antara elemennya, kadar kelahiran berkurang, keluarga memilih untuk mempunyai bilangan anak yang lebih kecil dan kadar penuaan meningkat. Lalu, adalah tidak ekonomikal sifatnya dalam keadaan begini jika umur persaraan tidak dilanjutkan, sedangkan harus barang diingat bahawa kerajaan akan menanggung kos gratuiti dan pembayaran pencen.
    59. Ternyata, penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.

    p/s:- walaupun dan pencen tapi suka lah jugak ambik perhatian,pada kengkawan yang masih bekerja..

    Thursday, October 6, 2011

    Secara kebetulan...


    Pelangi Muncul Sesaat Setelah Kematian Steve Jobs

    Ada kejadian menakjubkan sesaat setelah berita kematian Steve Jobs tadi pagi. Di lokasi kantor Pixar berdiri (Pixar adalah studio film yang dipimpin Steve Jobs, sebelum bergabung kembali dengan Apple), nampak pemandangan yang sangat indah, sebuah pelangi.

    Foto tersebut diabadikan oleh Maryann, di depan kampus Pixar, daerah Emeryville, California.

    Pixar sendiri dikenal dengan kesuksesan film animasinya, seperti Finding Nemo, Cars, dan Toy Story. Dengan segudang prestasi tersebut, Walt Disney akhirnya tertarik untuk membeli Pixar.

    p/s....sebagai umat Islam jangan percaya...syirik tu
    ianya suatu kebetulan jer...