Friday, October 14, 2011

Bayaran Bantuan Rakyat Melalui Kaunter Pos,BSN



KUALA LUMPUR – Bantuan rakyat sebanyak RM500 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dilakukan melalui kaunter Pos Malaysia dan bank yang dilantik termasuk Bank Simpanan Nasional (BSN).
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui satu kenyataan media memberitahu, bantuan yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa Januari 2012.
“Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar,” kata kenyataan itu hari ini.
Justeru, kata kenyataan itu, orang ramai yang layak menerima bantuan itu diminta tidak mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran.
Ia kerana, urusan berkaitan pelaksanaan pemberian bantuan itu masih belum selesai dan pendaftaran secara percuma bagi pemohon yang layak hanya boleh dilakukan setelah borang dan sistem berkaitan siap disediakan,
Kenyataan itu menambah, bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon LHDN akan menyediakan perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. – mynewshub.my

Berita Berkaitan:

    No comments:

    Post a Comment