Monday, November 26, 2012

TAPAI dan KHASIATNYA.

TAPAI,itulah nama yang diberi pada sejenis makanan yang di perbuat daripada ubikayu dan jugak beras pulut.Rasanya manis sesuai di makan untuk pencuci mulut..selepas makan makanan utama saperti nasi.Ramai jugak pengemar tapai..ia nya bolih jugak di pelbagaikan saperti di goreng celup tepung saperti goreng pisang khasnya untuk tapai ubi..Tapai pulut lebih sinonim dengan suasana hari raya lebih2 lagi di pantai timor..
Dengan persekitaran yang lebih moden tapai sekarang ini bolih di kemersialkan pengeluaran nya..dengan gaya pembungkusan yang lebih menarik tapai mungkin bolih pergi lebih jauh untuk di pasarkan.Jangan terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata mata untuk menjaga kesihatan meski pun ia bukanlah makanan yang sesuai di ambil setiap hari. Satu kajian yang di laksanakan olih sekumpulan penyelidik tempatan mendapati tapai mungkin mampu membantu mencegah kanser kerana mengandungi banyak bakteriosin. Kajian awal yang dijalankan oleh sekumpulan pakar di Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, bakteriosin - sejenis protein yang dihasilkan melalui proses penapaian - memberi hasil positif terhadap aktiviti antikanser. Sehubungan itu, satu kajian terperinci akan dilakukan oleh Pensyarah Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains UPM, Dr Latifah Saiful Yazan, yang menerima geran bernilai RM20,000 daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) bagi tujuan itu. Dr Latifah berkata, walaupun bakteriosin dikenal pasti menunjukkan tindak balas yang positif untuk menggalakkan aktiviti antikanser, ini tidak berpotensi bagi mengubat penyakit berkenaan. Kajian yang akan dijalankan adalah kesinambungan kepada penyelidikan yang dibuat rakannya, Prof Madya Dr Foo Hooi Ling, yang berjaya mengekstrak bakteriosin berkenaan daripada tapai ubi. "Kajian awal kita mendapati tapai ubi berpotensi mencegah tujuh penyakit kanser seperti servikal, ovari, payudara dan leukimia," katanya pada sidang media selepas menerima geran penyelidikan Makna di sini, semalam. Geran itu disampaikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha. Selain Dr Latifah, penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) , Lim Moon Nian turut menerima geran RM30,000 bagi penyelidikannya mengenai kanser. Dr Latifah berkata, bacteriosin yang dihasilkan oleh tapai ubi mampu bertahan dalam suhu tinggi, iaitu sehingga 121 darjah Celsius. "Jika kajian ini berjaya, satu produk makanan berasaskan bakteriosin mungkin dapat dihasilkan untuk mencegah penyakit kanser. Bahan itu juga boleh digunakan sebagai ubat tahan dalam industri makanan," katanya. Dalam sidang media yang sama, Kong berkata, penyelidikan kanser di negara ini perlu diselaraskan di peringkat kebangsaan dengan segala maklumat dan penemuan terkini dikumpulkan untuk dikongsi bersama. Katanya, penyelarasa n itu perlu dilakukan segera bagi memastikan tiada penyelidikan sama dibuat sekali gus, dapat memastikan tidak berlaku pembaziran. Pada majlis sama, Timbalan Presiden Makna, Prof Dr Cheong Soon Keng, mengumumkan majlis itu menambah peruntukan tahunan Anugerah Penyelidika n Kanser Makna daripada RM50,000 kepada RM100,000 mulai tahun ini. "Penambahan ini adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai saintis muda merealisasikan penyelidikan mereka menjadi sesuatu yang akan memberi kebaikan kepada usaha melawan penyakit kanser," katanya. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 7:23 AM