Monday, September 12, 2011

Sekarang ni jarang jarang jumpa..


Bulan puasa baru2 ni rasa sangat nak makan kueh ni..nama nya KHASIDAH/HASIDAH pun yer jugak..cari punya cari tak jumpa kat semua bazaar ,tanya sesetengah peniaga yang muda pun tak tahu macamana rupa kueh tu...ni lah dia resepi nya..orang tua dulu nak makan kueh buat jer sendiri..sedap ni...tengok lah kot kot rajin esok lusa nak gak cuba buat..



Hasidah Tengku Ampuan Afzan




Hasidah Tengku Ampuan Afzan
Bahan-bahan
  • 40 biji telur – diambil kuning sahaja
  • 300g tepung gandum
  • 1kg gula halus
  • 5 cawan santan
  • 1 cawan minyak sapi
  • 3 helai daun pandan – disimpul
  • 150g bawang merah – dimayang halus
  • 1½ cawan minyak sapi untuk menggoreng
Cara memasak

  • Kacau tepung gandum, gula dan santan sehingga sebati dan tidak bergentel.
  • Asingkan telur putih dari kuning dan tapiskan telur kuning untuk mengeluarkan pusat putih telur. Campurkan kuning telur ke dalam adunan santan.
  • Masukkan daun pandan dan masak adunan di atas api kecil.
  • Kacau adunan di atas api kecil dan apabila menjadi pekat atau likat masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit. Angkat dari api dan keluarkan daun pandan, kemudian tuangkan adunan ke dalam acuan dan bentukkannya.
  • Dengan menggunakan minyak sapi, goreng bawang merah sehingga garing. Taburkannya ke atas hasidah tersebut.

    Ni satu lagi resepi kuah laksa yang di masak saperti kuah gulai khas dan di makan dengan laksa beras atau gandum..mengenyangkan..cuba lah


    Resipi Dari Istana

    Laksa Pahang

    Laksa Pahang
    Bahan-bahan

    • 500g ikan tenggiri
    • 50g ikan tenggiri jeruk (masin)
    • 250g bawang merah
    • 80g bawang putih
    • 40g halia
    • 100g lada kering
    • 4 batang serai
    • 2 sudu makan biji ketumbar
    • ½ sudu makan jintan putih
    • ½ sudu makan jintan manis
    • 100g kelapa parut – dibuat kerisik
    • 3-4 cawan santan pekat
    • 1 cawan air rebusan ikan
    • Laksa beras atau laksa gandum
    Untuk hiasan
    • Kacang panjang
    • Daun kesum
    • Daun selasih
    • Timun – diparut halus
    • Tauge – dibuang ekor tetapi tidak dicelur
    • Bawang besar – dibelah dua dan dihiris nipis
    • Limau kasturi – dibelah dua dan dibuang biji
    • Telur masin – direbus, dibuang kulit dan dibelah empat
    • Sebuku belacan – dibakar sedikit
    • Lada kering – dilembutkan dan dikisar halus
    • Garam
    Cara memasak
    • Ketumbar, jintan putih dan jintan manis digoreng berasingan tanpa minyak sehingga naik bau.
    • Kisar kerisik, bahan-bahan yang digoreng tanpa minyak dan rempah-rempah bersama 1½ cawan santan.
    • Ikan-ikan yang direbus dibuang kulit dan tulangnya. Kisar isi ikan bersama setengah cawan santan.
    • Masak kesemua bahan yang dikisar awal tadi bersama santan yang berlebihan dan air rebusan ikan. Masukkan ikan-ikan yang baru dikisar dan kacau. Reneh di atas api kecil sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
    • Laksa dihidang dengan ulam-ulam dan sambal bersama kuah.

      p/s;kalu rajin bolih cuba buat..nak makan sendiri...

No comments:

Post a Comment