Monday, October 7, 2013

Bahana Ikan Patin..


Patin liar Sungai Semantan

oleh ABDUL JALIL ALI
10/13/2011 8:10:40 AM
Selalu saya diingatkan oleh kawan-kawan yang biasa dengan ikan patin. Kata mereka, sekiranya masuk mana-mana restoran, atau gerai – baik di negeri Pahang, lebih-lebih lagi di KL – yang menghidangkan ikan sungai itu, jangan terus ambil dan makan. Tanya dulu harganya.


waaw..sedap nya..masakan ikan patin..gambar  hiasan

Tanpa bertanyakan harga, anda akan sesak nafas atau terbeliak hingga terkancing gigi, malah mungkin pengsan apabila bil datang sebaik anda selesai makan. Sebab anda mungkin terpaksa membayar RM40 atau RM50 hanya untuk seketul ikan patin sebesar dua jari.
Tentu semua masih ingat perihal sekumpulan pelanggan yang dikenakan bayaran RM13,000 bagi hidangan ikan patin ketika makan tengah hari di sebuah restoran di bandar Temerloh, tidak lama dulu.
Saya berada di Temerloh, Bandar Ikan Patin, hujung minggu lalu untuk menyertai Pesta Patin selama tiga hari anjuran akhbar Sinar Harian. Banyak yang saya ketahui mengenai ikan tersebut daripada seorang anak tempatan yang mendakwa pakar patin. Beliau ialah anggota Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.
Ikan tanpa sisik berdaging lembut itu sejak lebih sedekad lalu menjadi ‘trade mark’ bandar tersebut di bawah Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Ada 120 pengusaha ikan patin sangkar sekarang, atau kira-kira 1,200 sangkar ikan patin di bandar tersebut. Selain pengusaha patin sangkar ada kira-kira 200 nelayan sungai yang juga menangkap patin.
Ada sebab patin, sama ada mentah atau yang telah dimasak gulai tempoyak, mahal harganya. Permintaan lebih dari penawaran. Pengusaha sangkar juga nelayan sungai hanya berupaya mengeluarkan kira-kira 50 metrik tan patin setahun, sedangkan permintaan melebihi 100 metrik tan.
Di bandar Temerloh sahaja ada 50 restoran menghidangkan ikan patin. Di medan selera Lembah Semantan – betul-betul menghadap Sungai Semantan – ada dua tiga gerai patin yang setiap tengah hari pelanggan berbaris untuk mendapatkan tempat duduk.
Lain patin, lain rasanya, lain juga harganya, demikian saya diberitahu. Patin sangkar harganya RM15 per kilo, sedangkan patin liar antara RM50 hingga RM70 per kilo. Paling mahal ialah patin muncung liar yang harganya boleh mencecah hingga RM150 per kilo. Maka berdoalah supaya isteri tidak mengidam patin muncung liar, sebab spesies ini bukan sahaja mahal tetapi susah mendapatnya. Nelayan sungai pun jarang mendapat si muncung yang lazatnya dikatakan hingga menjilat jari.


..kalu kat bahagian kepala ni lagi lah lemak..gambar hiasan

Sebagai anak tempatan jati, YB berkenaan tahu banyak rahsia patin. Konon, patin Temerloh lain rasanya dengan patin Jerantut. Patin Sungai Tembeling berbeza dengan patin Sungai Semantan. Patin buah lain rasanya dengan patin muncung.
Di KL sekarang ada beberapa restoran yang menghidangkan ikan patin sebagai menu utama. Kerap juga saya diajak makan di restoran-restoran tersebut yang senarai harganya memang boleh mengempiskan saku.
Ada ikan patin sangkar, patin liar, patin buah, patin muncung yang ditawarkan pada harga berbeza. Masalahnya ialah saya – dan mungkin ramai lagi pelanggan – tidak dapat membezakan rasa patin sangkar dengan patin liar. Maka ada kemungkinan kita membayar harga patin liar untuk hidangan patin sangkar.
Sebab itu kalau hendak makan patin ada baiknya bawa bersama orang Pahang yang betul-betul mahir patin. Saya hanya mahir nasi kandar kari kepala ikan bawal. Kalau dibungkus makan di rumah pun saya boleh tahu sama ada itu nasi kandar Jalan Tunku Abdul Rahman atau yang dibeli di tempat lain.
Saya kena ajak YB Temerloh itu makan di restoran ikan sungai sekurang-kurangnya seminggu sekali selama setahun supaya betul-betul dapat membezakan rasa patin sangkar dengan patin liar.
Selain patin liar yang lazat, air Sungai Semantan juga ada khasiat tersendiri. Konon, orang luar yang meneguk air sungai tersebut – sama ada sengaja atau terminum – biasanya akan selalu berulang ke Temerloh. Ramai orang KL yang minum air sungai itu kini menjadi warga tetap bandar tersebut.
Mula-mula beli tanah kecil, kemudian beli tanah lebih besar, buat rumah, akhirnya membentuk keluarga dan menetap sebagai orang Temerloh. Maka, sebelum pulang KL petang itu saya minum seteguk dua air Kuala Semantan.
Almaklumlah, berhajat juga saya untuk membeli sekeping tanah kecil di negeri terbesar di Semenanjung itu. Harap-harap sehari dua ini YB dapat mencarikan @ mencadangkan mana-mana tanah terbiar untuk saya beli!


p/s:- beli patin sangkar jer..tak sampai rm10 sekor..sendiri masak lomak,letak tempoyak lebih..chilli api lebih..pheeww berpeloooh..kena dgn nasi panas2..

No comments:

Post a Comment