Sunday, October 6, 2013

PISANG..apa yang anda tahu tentang pisang..?

Pisang Montel
  
  Pisang begitu mudah di perolehi.Mengapa kita tidak lebih kerap memakannya,lebih-lebih lagi setelah mengetahui khasiatnya.!! Sebenarnya semua pisang yang bolih dimakan berkhasiat.!! Tambah elok jika dimakan segar tanpa dimasak ,di goreng atau di buat pengat.Bagaimana pun pisang raja,pisang emas, pisang embun,pisang rastali,pisang nangka,pisang berangan,pisang susu,pisang awak serta pisang abu menjadi kegemaran ramai.

1. ANEMIA
 Anemia secara umumnya bermakna,zat besi."Kurang darah"merupakan istilah awam untuk menyebut kondisi akibat rendahnya hemoglobin (Hb) darah ini.Gejalanya: wajah pucat,lemah-letih-lesu-lelah,mudah pengsan.Zat besi merupakan bahan penting untuk membentuk hemoglobin(butir-butir darah merah) Kadar Hb normal lelaki,14-18,wanita 12-14 . Pisang merupakan buah paling kaya dengan zat besi sekali gus mudah di serap tubuh   yang berfungsi untuk membantu mengatasi anemia.Kandungan zat besinya mampu merangsang produksi hemoglobin darah.

2. DAYA INGATAN 
 Penelitian telah di lakukan terhadap 200 pelajar di negara barat untuk melakukan ujian daya ingatan.Mereka di beri pisang di pagi dan tengah hari ketika waktu rehat.Hasilnya,pelajar yang dalam penelitian ini lebih mudah menyelesaikan soalan-soalan ujian berbanding pelajar-pelajar lain.Pisang yang kaya dengan kalsium ini juga mampu membina ingatan yang lebih baik.

3. TEKANAN DAN RASA TEGANG
  Percayakah anda sebaik sahaja memakan pisang.stress akan hilang serta merta !! Pisang kaya dengan asid amino triptofan,yang berada didalam tubuh akan berubah menjadi serotonin,iaitu zat yang dapat memperbaiki keadaan mood,membuat kita releks dan berasa lebih tenang.Kandungan vitamin B dalam pisang  juga membantu mengawal sistem saraf.Ketika kita stress,metabolisma tubuh kita meningkat sehingga menjejaskan kadar kalium.Salah satu akibatnya,detik jantung menjadi tidak teratur.Dengan memakan pisang yang kaya kandungan kalium ini akan mengembalikan keadaan jantung secara normal,melancarkan perjalanan oksigen ke otak dan membantu keseimbangan cecair dalam tubuh.

Pisang senang di dapati..

4. DARAH TINGGI
  Pisang telah terbukti kaya dengan kalium dan sangat rendah kandungan natrium nya yang mengawal tekanan darah tinggi dan strok.Salah satu terbitan The New England Journal of Medicine memaklumkan bahawa hasil penelitian yang di buat mendapati amalan pemakanan pisang dalam menu harian dapat mengatasi risiko maut akibat strok sehingga 40 peratus.


5.  DIET TIDAK SEIMBANG
  Dalam satu hasil penelitian terhadap mereka yang mengalami diet tidak seimbang di hospital Australia,di nyatakan sebahagian besar nya akibat terlalu padat dengan jadual kerja.Keadaan ini membuatkan mereka menghiburkan diri dengan pengambilan makanan segera atau makanan ringan saperti coklat atau pelbagai snek ringan.Sebenarnya,dalam situasi ini mereka sebenarnya dapat mengatasi kesebukan bekerja dengan amalan pemakanan yang sihat serta mengawal kadar dan kesetabilan gula dalam badan.Caranya,makan lah pisang setiap dua jam.

Pisang emas

6.  SAKIT PERUT
  Ketika anda sakit perut,cuba makan pisang.Kandungan asid semula jadinya membantu mengurangkan  pengeluaran asid di dalam perut ,meredakan kesakitan dan mengurangkan gejala penyakit didalam perut.

7.  SINDROM DEBARAN
  Lupakan ubat-ubatan anti debaran.Makanlah pisang.Kandungan vitamin B6-nya merangsang kesetabilan gula dalam darah,justeru itu memberikan suasana diri atau hati yang lebih tenang dan selesa..


p/s: pisang buah yang mudah didapati dan mampu di beli...

No comments:

Post a Comment