Sunday, August 7, 2011

Datuk Ahmad Jais

Budak pejabat jadi penyanyi




 PROFILE
  Nama: Datuk Ahmad Jais
Tarikh Lahir: 28 Mac1936
Asal: Kapar ,Klang Selangor.
Anugerah:
Juara lagu asli 1959 &1960
Juara lagu pop 1961
Juara lagu asli 1962
Anugerah artis sepanjang zaman PAPITA 2002
Anugerah Biduan Veteran pada Anugerah Biduan
Veteran daripada Berita Harian ,menerusi ABPBH 2002.
Di kurniakan darjah Panglima Jasa Negara (PJN)
yang membawa gelaran Datuk,olih Seri Paduka
Baginda Yang Di Pertuan Agung,Tuanku Syed
Sirajuddin syed Putra Jamallulail pada 3 jun 2006.

   Penyanyi bersuara emas ,Datuk Ahmad Jais tidak menyangka nama nya akan mekar saperti hari ini .Penyanyi malar hijau ini pernah merantau kebanyak negeri untuk mengutip pengalaman hidup.
Dari Kuala Lumpur Ahmad Jais berpindah ke Singapura.Pekerjaan pertama nya waktu itu adalah sebagai budak pejabat .Bekerja di Cycle & Carriage ,Singapura .Ahmad Jais bertugas membantu kerja kerja mengemas dan menghantar surat .Mendapat bayaran sekitar RM80 sebulan ,ia sudah cukup menampung kehidupan bujang nya dan juga sebagai anak rantau.
   Namun Ahmad Jais sebenar nya memasang angan angan bergelar anak seni.Yakin dengan bakat dan minat menyanyikan lagu lagu asli merupakan peluang untuk nya menerobos diri sebagai penyanyi.Menyedari bakat yang ada pada diri nya ,dia berazam untuk menyertai mana mana pertandingan pencarian bakat untuk mengetengahkan bakat pada diri nya.Terbukti memenangi pertandingan nyanyian dua tahun berturut turut adalah langkah pertamanya untuk bergelar anak seni .Penyanyi kelahiran Kapar,Selangor ini terus mahu mengembangkan bakat yang ada.

  

Di GAM memasuki pertandingan

  Ahmad Jais tidak pernah rasa rendah diri dengan kemampuan diri nya.Minat nya itu membuatkan Ahmad Jais memburu setiap pertandingan yang di anjurkan.Niat nya adalah untuk mendapat tawaran menjadi artis rakaman .Sebut lah apa sahaja pertandingan,pasti dia tidak mahu ketinggalan .Namun ,selepas dua tahun berturut turut bergelar juara ,Ahmad Jais di GAM daripada menyertai mana mana pertandingan.Ia sebagai bantahan yang di buat peserta kerana dia merupakan penyandang juara."Itu lah pengalaman buat saya.Ketika nak masuk buat kali ketiga ,ada yang nampak muka saya terus beritahu pehak penganjur agar saya tidak di senaraikan.Mereka tidak mahu saya merangkul kemenangan lagi.Mereka rasa saya sudah bagus dan tak sesuai masuk pertandingan nyanyian sahaja."Ahmad Jais berkata ,atas sebab itu dia hanya memasuki pertandingan juara Lagu Singapura,tetapi dua tahun kemudian dia masuk semula pertandingan nyanyian."Kali ini tak ada bantahan ,mungkin sudah dua tahun orang lain menyanyi sahaja,Alhamdulillah ,saya dapat gelaran juara lagi untuk lagu asli di singapura ,"katanya.



Lepaskan kerja

   Ahmad jais melepaskan kerja tetapnya setelah mendapat tawaran pertama merakamkan lagu bersama Panda Records di iringi orkestra Selayang Pandang.Peluang semakin menghampiri dirinya apabila mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria ."Itu lah pengalaman pertama saya yang saya anggap sebagai pembuka jalan saya dalam bidang seni.
Pada zaman itu Panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan."
  "Tidak semua penyanyi bolih membuat persembahan di situ.Apabila terpilih,saya tahu ini lah titik permulaan dan saya harus buat yang terbaik."
  "Alhamdulillah ,Lagu di Ambang Sore mendapat perhatian.Ia juga mendapat kata setuju daripada tokoh muzik terkenal Singapura ketika itu ,iaitu Zubir Said."katanya.
   Tidak hanya Seriwarna,malah Ahmad Jais juga di berikan kesempatan menjadi penyanyi jemputan untuk sebuah kumpulan muzik terkenal di Singapura,Orkes Melati Putih.Sejak itu,nama nya semakin menjadi sebutan.
   "Saya mula nampak arah tuju saya .Saya bersyukur kerana dapat menyanyi dengan genre yang saya suka.Di samping itu berduet dengan artis lain saperti Allahyarham Datin Rafeah Buang ia itu dengan lagu Juwita ku sayang dan bersama Kartina Dahari menerusi lagu,Budi Setahun Segunung Intan"ujar nya.


Terbit album pertama

   Tidak hanya berduet dan mengadakan persembahan pentas ,cita cita Ahmad Jais untuk merakamkan album terlaksana sekitar 1965.Dengan judul album Kucupan Azimat ,album berbentuk EP dan LP itu mendapat sambutan yang begitu mengalakan.
   "Saya tak sangka usaha saya mendapat kejayaan yang baik.Saya tahu bukan mudah untuk kita terus kekal dalam industri seni sekira nya tidak ada kesabaran."
   "Saya tidak pernah putus asa dan sentiasa cuba merubah diri untuk menjadi lebih baik,"katanya.Di kurniakan darjah kebesaran PJN yang membawa gelaran Datuk daripada SPBYDPA,Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena hari keputraan Seri Paduka Baginda ke-63 pada 2006.Ahmad Jais tidak menganggap ia sebagai pengakhiran untuk nya berehat dalam dunia seni.
   "Saya terus menyanyi selagi terdaya.Apa yang di berikan kepada saya adalah pembakar semangat untuk saya terus menyanyi.Tidak ramai yang bolih menyanyi lagu-lagu asli dengan baik.Jadi kewajipan saya memberi ilmu kepada mereka agar tidak patah semangat untuk mempopularkan lagu-lagu asli ini,"kata nya lagi.
  


Antara lagu Datuk Ahmad Jais yang sentiasa berkumandang bila musim raya..


Tulisan:HASLINA KAMALUDIN
Petikan:Nostalgia,Sinar Harian 7/8/11


No comments:

Post a Comment