Thursday, August 25, 2011

koleksi antara tujuh keajaiban senibina gergasi dunia.TAJ MAHAL


TAJ MAHAL (SENIBINA INDIA)


Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan gaya senibena Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu yaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauharaketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631ketika itu Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripadamarmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenisbatu permata, termasuknya berlianjedkristaltopaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

Kontraktor projek
Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:
  • Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di OtomanTurki. Beliau pernah berguru denganKoca Mimar Sinan Agha.
  • [Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
  • Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
  • Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
  • Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
  • Amanat Khan dari ShirazIran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
  • Muhammad Hanif - penyelia
  • Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
  • Pengukir dari Bukhara.
  • Kaligrafi dari Syria dan Farsi.
  • Inlayer dari India Selatan.
  • Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.

No comments:

Post a Comment