Friday, August 5, 2011

Teman suka nor baca tulisan dierr.


Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

Kita berdoa dengan harapan dan keyakinan: Aamantu billah, summastaqeem!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Ramadhan 1432
05 Ogos 2011

No comments:

Post a Comment