Friday, July 29, 2011

ghaibul-ghuyub!

......Videoklip kematian palsu itu diputar seantero dunia. Derma dikutip tanpa sekelumit kemaluan.

Pelik sungguh kaum haramsanee ini. Videoklip Mat CD @ Mat China-Doll yang begitu jelas mereka pertikaikan; sebaliknya videoklip penipuan "kematian palsu Suhardi" mereka telan dan terima bulat-bulat tanpa soal sikitpun. Terus di isytiharkan ianya sebagai "syahid", dan derma jihad dilancarkan yang kemungkinan besarnya akan berakhir saperti derma peristiwa Memali! Hilang ghaibul-ghuyub!

Dalam keriuhan himpunan haramasanee itu, tetiba tersebar pula berita dan gambar didunia cyber seorang yang kelihatan nazak didalam hospital. Siap dengan "kolar-tengkok"! Lalu diputar pusing dongeng kezaliman pihak berkuasa. Ternyata cerita lama berulang kembali. Pelik sungguh, dalam ramai-ramai kaum himpunan haramsanee ini, hanya seorang sahaja yang masuk hospital dan kelihatan nazak dengan kolar-tengkok siap terpasang! Oh ya, terlupa pula dengan kisah seorang lagi yang masuk hospital siap dengan kerusi roda setelah "dirempuh" dengan brutal dan ganas oleh landrover Polis DiRaja Malaysia!

Adengan pembohongan ini berterusan apabila ada pihak mendakwa Presiden PAS dikasari oleh pihak berkuasa. Sekali lagi cubaan untuk meraih simpati dan menimbulkan kebencian kepada pihak berkuasa. Alhamdulillah Presiden PAS, yang baru sahaja mengisytiharkan tiada negara Islam didalam Al Quran, masih mempunyai sedikit kewarasan dan membuat kenyataan menafikan beliau dikasari, malah menceritakan tentang layanan baik yang diterima, dengan kisah "saya dihantar polis sampai kerumah"!

Sebenarnya banyak lagi pembohongan dan penipuan yang telah dilakukan oleh kaum himpunan haramsanee ini. Pembohongan kepada umat Islam bahawa himpunan itu walau diketuai oleh seorang kafir harbi anti Islam telah mengelabukan segelintir kalkatoo yang terpedaya dengan kilauan cahaya mahkota kekuasaan; walaupun sebelum ini mereka pernah mengisytiharkan jihad dan sabil terhadap sikafir harbi itu!.....


Petikan tulisan:-Zulkifli Bin Noordin
Rabu
04 Sya'ban 1432
06 Julai 2011

No comments:

Post a Comment