Monday, July 18, 2011

Jangan Halang ANAK HISAP JARI.

"Adik kan dah besar.Mana bolih hisap jari,"pujuk maziana lembut.Cuba ditariknya keluar ibu jari Fakrul daripada 
dalam mulut.Namun,Fakrul enggan menurut.Dan akhir nya Maziana pula terpaksa beralah.

  Budaya menghisap jari bukan sekadar tabiat biasa si kecil.Lebih menarik,fe`el ini mampu memberikan kepuasan yang cukup istimewa baginya.

   Menurut Dr. Mariani Md.Nor,pensyarah kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling ,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,peringkat oral merupakan tahap pertama yang perlu di lalui anak kecil dari usia bayi sehingga umurnya dua tahun.
  Ceritanya lanjut,pada peringkat tersebut,kanak-kanak akan memperoleh kepuasan diri melalui aktiviti yang melibatkan mulut.Ini turut merangkumi kepuasan dari perspektif keselesaan dan keseronokan.Tegas Dr.Mariani lagi,fitrah inilah yang mendorong  anak kecil untuk ralit menghisap jarinya sendiri,termasuklah jari kaki.

  Alam anak kecil sememangnya unik dan istimewa.Dan mungkin juga ramai yang tidak sedar bahawa selain memberikan kepuasan,aktiviti menghisap jari sebenarnya turut membina keyakinan pada diri anak.
Gambar sekadar hiasan.

    "Kalau dia melalui tahap kepuasan dengan baik,dia akan berasa seronok.Dia akan percaya pada dirinya dan juga percaya pada orang lain"'ujar Dr.Mariani.
    
    Lantaran itu,beliau mengingatkan ibu bapa agar tidak cuba menghalang anak menghisap jari.Ini kerana tindakan tersebut mampu meninggalkan impak negatif pada kemudian hari.
   "Kita patut tahu bahawa aktiviti nya pada peringkat itu ialah dengan mengunakan mulut.Jadi dia tidak sepatut nya di halang kerana ini bolih menjejaskan personalitinya.Ia bolih memberikan kesan jangka panjang."hurai beliau lagi.

   Walau bagaimana pun,pada masa yang sama Dr.Mariani turut mengakui bahawa kanak-kanak yang sudah melewati usia dua tatun tidak wajar di galakkan untuk terus menghisap jari.Bercerita lanjut,beliau menyifatkan kanak-kanak yang enggan berhenti daripada tabiat tersebut sebenarnya tidak memperoleh kepuasan yang sepatutnya dia kecapi ketika masih kecil.Dan ini mungkin meliputi aspek kasih sayangserta perhatian.Lebih daripada itu,konsep kendirinya juga turut condong menjadi negatif.

   Tambah Dr.Mariani,tabiat menghisap jari bolih menyebabkan kanak-kanak berasa malu.Lantaran itu,dia mungkin terdorong untuk lebih banyak menghabiskan waktu bersendirian.Akhirnya,pergaulan dengan rakan-rakan juga mula menjadi sifar.Natijahnya,dia memiliki konsep kendiri yang negatif.Apabila situasi ini  berlaku,'esteem'kendiri akan turut menurun di sebabkan nilai harga dirinya yang juga mungkin berkurangan.

Dr.Mariani Md Nor

   Jelas beliau,ibu bapa bolih mengajak anak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bagi mengalihkan perhatiannya.Penyertaan dalam aktiviti yang banyak mengunakan tangan membolihkan dia terlipa sebentar akan tabiatnya.Dan ini sedikit sebanyak membantunya untuk menghentikan tabiat tersebut.Bagi anak yang turut memiliki 'esteem'kendiri yang rendah ,pendedahan terhadap pergaulan dengan rakan-rakan sebaya lain juga mampu memperbaiki dan meningkatkan nilai 'esteem'kendirinya.

   "Terangkan kepada anak bahawa kalau hendak berkawan dengan kanak-kanak lain,dia tidak bolih menghisap jari."tokok beliau lagi.

   Selain itu,beliau turut mengingatkan ibu bapa agar memberikan alasan yang kukuh dan munasabah.Jawapan yang berunsurkan pembohongan bolih menimbulkan kekeliruan walaupun ada kemungkinan anak akan berhenti daripada menghisap jari.Gemar menghisap jari adalah fitrah anak kecil.Lantaran itu,menghukumnya semata-mata mahu dia menghentikan amalan tersebut bukan lah suatu yang wajar.Malah,tanpa sedar ia seolah-olah menafikan kebolihan anak kecil melakukan aktiviti peringkat pertama nya yang lebih banyak mengunakan mulut.Lebih buruk lagi,cara tersebut juga secara tidak langsung mendidik anak bersikap ragu-ragu,rendah diri serta tidak percaya pada diri sendiri.  


OLEH AZNI HUSAIN FOTO MOHD.SHAMSUL MOHD SAID

5 comments:

  1. banyak jugak kes kanak-kanak isap jari ni..including my grandson..on pic one..

    ReplyDelete
  2. bagi dulu isap jari, pastu baru start x bagi pulak...ingat senang ke? cakap senangla...kesimpulannya, xyah bagi langsung dr kecik, fikirkan cara lain utk bg kepuasan anak...apakah kepuasan itu? itu yg anda sebagai doktor patut kupas...

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dgn lynn..kepuasan kepala bana la..dr kecik dh ajar..mmg susah la nak tggal..dh jd habbit.. just imagine my younger sis in law (6 years old) hisap jari sambil hidu bucu bantal busuk & now influence her nephew n niece to do so.. not a good practice..

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dgn lynn..kepuasan kepala bana la..dr kecik dh ajar..mmg susah la nak tggal..dh jd habbit.. just imagine my younger sis in law (6 years old) hisap jari sambil hidu bucu bantal busuk & now influence her nephew n niece to do so.. not a good practice..

    ReplyDelete