Monday, January 2, 2012

PENAWAR MUTLAK..

MUKJIZAT ZAMZAM

Jemaah sedang menikmati Air Zamzam

FAKTA TELAGA ZAMZAM

Air telaga Zamzam tidak pernah kering walaupun cuaca di Mekah panas dan jarang menerima hujan.Malah cuaca Mekah yang panas dan kering ini memberi kepekatan mineral yang tinggi terhasil daripada peroses penyejatan.
Air Zamzam bukan sahaja dapat menampung keperluan jemaah haji dan umrah di Mekah dan Madinah,malah jemaah berpeluang membawa pulang air ini ke tanah air.
Telaga Zamzam yang terletak dibawah  Masjidil Haram bebas daripada alga dan sebarang pencemaran biologi serta mampu menyejukan keseluruhan masjid.
Asli,suci,tiada bau dan warna dengan komponen hidrogen sebanyak 7.5(sedikit beralkali)dan kaya dengan mineral termasuk kalsium ,magnesium dan flourida.
Air ini bolih memberi tenaga kepada jemaah untuk beribadah sepanjang hari dan mampu mengubati pelbagai penyakit(dengan izin Allah)

air Zam yang di isi di dalam bekas untuk di bawa pulang ke tanah air


PENAWAR MUTLAK
Air zamzam air seribu guna yang khasiat nya sangat di yakini serta di percayai umat islam seluruh dunia.Air ini dikatakan mampu memenuhi keinginan peminum dengan izin Allah.
Menyusuri sejarah zamzam,dikatakan setelah tujuh kali Siti Hajar,bonda nabi Ismail berulang alik dari bukit Safa ke bukit Marwah mencari air untuk diberikan kepada puteranya yang kehausan di padang pasir,secara tiba-tiba keluar mata air zamzam dari tanah dibawah telapak kaki baginda nabi yang ketika itu masih bayi.Sejak peristiwa tersebut,mata air Zamzam tidak pernah kering dan mampu menampung jutaan jemaah dari seluruh dunia saban tahun.
Masyarakat Arab mempunyai lebih daripada 50 nama merujuk kepada air zamzam.Zamzam itu sendiri berasal daripada perkataan arab 'zamma' yang bermaksud untuk menyekat atau mengepung.Ibn Abbas merujuk Zamzam sebagai 'zamzamat al-maa'yang bermaksud bunyi air.Selain daripada itu zamzam turut di kenali sebagai Hazmat.Jibreel(lekuk Jibril),Suqia Allah Li Ismail(minuman daripada Allah kepada Ismail),La Sharaq(tidak tersedak),La Tuzami (tidak menyebabkan pendarahan),Barakah(berkat),Seiyedah(wanita),Nafea(kebaikan),Awnah(bantuan),Bushra(perkhabaran baik),Safeyah(jernih),Burrah(memberi kepuasan),Esmah(perlindungan),Salimah(selamat),Meymounah(bertuah),Mubarakah(diberkati),Kafiyah(kepuasan),Afiah(pemulihan),Mughaziah(menyuburkan),Taherah(suci),Mifdah(pengorbanan),Haramiyah(daripada masjid yang suci),Murwiyah(menghilangkan dahaga),Mounisah(beradab dan mesra),Ta`am Tu`om(memuaskan)dan Shifaa(penyembuhan)

ADAB MINUM ZAMZAM


Menghadap Kiblat
Membaca Bismillah
Duduk,namun sesetengah pendapat membenarkan minum sambil berdiri merujuk hadis daripada Ibnu Abbas (r.a)yang bermaksud "saya memberi nabi SAW air Zamzam untuk minum semasa beliau berdiri"(riwayat Al-Bukhari)
Berhenti sejenak mengambil nafas selama tiga kali.
Minum hingga kenyang.(hilang dahaga)
Ucapkan Alhamdulillah selesai minum.
Sesetengah ulamak menyarankan seseorang yang minum zamzam merenjiskan sedikit air tersebut di kepala,muka dan dada,berdoa ketika minum dan minum dengan maksud mendapat manfaat dunia dan akhirat~


Sumber;ASTROVIEW(january 2012)

No comments:

Post a Comment